Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458358
Title: Analisis ketepatan terjemahan gaya bahasa iqna dalam tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-Qur'an
Authors: Najwa Hayati Abd Rahman (P78699)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Qur'an -- Commentaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  25
Description: Penterjemahan sukar dilakukan jika penterjemah tidak mempunyai ilmu asas dalam bidang penterjemahan, apatah lagi melibatkan kitab suci al-Qur'an al-Karim. Demi menghasilkan sebuah terjemahan yang berkualiti, seorang penterjemah harus menggunakan kaedah terjemahan yang sesuai untuk menterjemah al-Qur'an. Para penteori dalam bidang terjemahan mengakui proses menterjemah menjadi sukar jika perkataan atau ayat dalam teks sumber tidak mempunyai padanan dalam teks sasaran. Justeru itu, penterjemah kadangkala berdepan situasi sukar untuk mengekalkan ciri-ciri keindahan ketika proses mengalih makna asal teks sumber dilakukan. Gaya bahasa iqnāᶜ juga mendatangkan kesukaran kepada penterjemah. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan maksud gaya bahasa iqnāᶜ. Kajian juga meneliti kaedah terjemahan yang digunapakai oleh Sheikh Abdullah Basmeih untuk menterjemah gaya bahasa iqnāᶜ dan menilai ketepatan terjemahan gaya bahasa iqnāᶜ dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Sebanyak dua puluh sampel ayat al-Qur'an telah dianalisis. Hasil kajian mendapati penterjemah menggunakan kaedah terjemahan tafsīriyyah dan kaedah terjemahan maᶜnawiyyah aṣliyyah. Penterjemah juga berjaya menemui padanan terjemahan yang betul. Kajian ini memberi sumbangan pemikiran, idea di samping pertambahan ilmu baharu kepada disiplin terjemahan khususnya kepada bidang kajian terjemahan al-Qur'an, teori terjemahan, dan tentunya memberi implikasi yang baik kepada pengajian terjemahan terutama golongan pencinta al-Qur'an, para penterjemah bahasa Arab, para pentafsir al-Qur'an, juga para ilmuwan dari kalangan pendidik, guru, pelajar dan pensyarah subjek terjemahan khususnya.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 104
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125601+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.