Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458354
Title: Penguasaan penulisan jawi murid Islam darjah enam Sekolah Kebangsaan Seri Duyong Melaka
Authors: Saiful Bahari Abdul Rahman (GP01892)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Jawi alphabet -- Study and teaching (Elementary)
Malay language -- Writing -- History
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  1
Description: Penguasaan jawi amat penting dalam melahirkan modal insan yang berilmu dalam memartabatkan tulisan jawi sebagai bahasa al-Quran. Kebelakangan ini penguasaan dan minat murid-murid terhadap tulisan jawi adalah merosot dan perlu diperbaiki pada peringkat sekolah rendah lagi sebelum mereka melangkah ke peringkat sekolah menengah. Berdasarkan daripada kajian-kajian terdahulu, didapati bahawa penguasaan jawi berada pada tahap yang lemah dalam beberapa aspek berikut antaranya ujian penguasaan Jawi dari segi menulis, mengeja, soalan aneka pilihan, dan menulis ayat al- Quran. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan jawi, faktor penguasaan jawi, mengenalpasti hubungan di antara faktor demografi murid dengan faktor penguasaan jawi, dan mengenalpasti hubungan di antara faktor pembelajaran dengan faktor penguasaan jawi. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif survey dan sampel kajian adalah seramai 72 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Duyong Melaka. Instrumentasi kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Data yang diperolehi dalam bentuk kuantiatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi (t-test dan Korelasi) bagi menguji null hipotesis (ho) kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina murid dengan faktor penguasaan jawi. Bagaimanapun, hasil kajian membuktikan bahawa faktor pembelajaran jawi di rumah mempunyai hubungan yang positif dengan penguasaan jawi murid. Secara kesimpulan, kajian ini berhasrat untuk mempertaruhkan sistem pendidikan untuk memartabatkan jawi dalam kurikulum pendidikan di peringkat sekolah rendah. Kepentingan jawi mewakili peradaban melayu dan juga perkembangan Islamisasi di Malaysia yang merupakan titik tolak kepada kemajuan sesuatu peradaban. Justeru, dengan menggalakkan lagi penguasaan jawi di peringkat pembelajaran murid, penguasaan jawi akan terus di angkat sebagai satu medium penulisan dan pembacaan di kalangan masyarakat Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 85
Call Number: PL5052.S235 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125595+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.