Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458344
Title: Analisis gaya bahsaa al-ijaz dan al-itnab dalam surah al-Kahf
Authors: Ahmad Kamal Embong (P92657)
Supervisor: Md Nor Abdullah, Dr.
Keywords: Arabic language -- Rhetoric
Qur'an -- Language style
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  6
Description: Al-ijaz dan al-itnab adalah antara gaya bahasa yang terdapat dalam al-Qur'an. Al-ijaz merupakan penjanaan makna yang banyak dengan penggunaan lafaz yang minimum. Al-itnab pula adalah penjelasan maksud dengan lafaz atau penyataan berlebihan yang mendatangkan faedah. Berbanding cabang ilmu balaghah yang lain, gaya bahasa ini masih kurang diketengahkan dalam medan kajian hingga menjadikannya amat perlu diselidiki dalam menilai keindahan semantik dan merungkai icjaz bayani yang dimiliki al-Qur'an. Dengan berfokuskan surah al-Kahf, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ayat yang mengandungi gaya al-ijaz dan al-itnab serta menganalisis peranan di sebalik setiap garapannya. Selain itu, nilai dan keistimewaan gaya bahasa ini akan tersingkap sejajar dengan kedudukannya sebagai kalamullah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Metode analisis kandungan, analisis semantik, induktif dan komparatif telah diaplikasi dalam menganalisis data sepanjang kajian. Hasil kajian mendapati gaya bahasa al-ijaz lebih dominan berbanding al-itnab. Terdapat 71 ayat menggunakan gaya al-ijaz, manakala hanya 19 ayat daripadanya pula adalah gaya al-itnab. Secara terperinci kajian menemukan sejumlah 99 tempat gaya al-ijaz secara elipsis dan 6 tempat secara singkatan, manakala gaya al-itnab dan kategorinya pula berjumlah 23 tempat. Al-ijaz berperanan dalam menggambarkan emosi, perasaan, keadaan, menjaga keanggunan ayat, saspens dan sebagainya. Al-itnab pula didominasikan dengan peranan sebagai penegasan dan pengukuhan makna yang mewakili 50% daripada jumlah kekerapan, manakala bakinya memainkan fungsi sampingan yang lain seperti kepalingan, mengekang prasangka, penarik perhatian, kecaman, dan sebagainya. Selain daripada menyumbang kepada kefahaman menyeluruh terhadap pentafsiran surah al-Kahf, dapatan yang diperolehi daripada kajian ini juga diharapkan dapat membantu para pencinta bahasa Arab khasnya untuk mengukuhkan kefahaman tentang keunikan dan keindahan retorik yang terkandung dalam Kalamullah. Implikasi kajian ini dapat menyinari dan menyemarakkan medan perbahasan balaghat al-Qur'an secara lebih komprehensif dan dinamik. Akhirnya keindahan kalimah al-Qur'an dan susun-aturnya yang membentuk gaya bahasa yang amat hebat dapat diserlahkan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 231
Call Number: PJ6696.Z5A375 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125558+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.