Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458330
Title: Pendalilan ilmu kalam dalam kitab Zahrat al-Murīd karya Tok Wan Ali Kutan (1837-1913M)
Authors: Amir Sharifuddin Ahmad (P88171)
Supervisor: Wan Haslan Khairuddin, Dr.
Keywords: Ilmu Kalam
Zahrat al-Murīd
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  4
Description: Kajian ini merupakan satu analisis terhadap metode pendalilan ilmu Kalam dalam Zahrat al-Murīd fī ᶜAqā’id al-Tawḥīd karya Muḥammad bin ᶜAlī bin ᶜAbd al-Raḥman bin ᶜAbd al-Ghafūr atau dikenali dengan gelaran Tok Wan Ali Kutan. Aspek pendalilan ilmu Kalam adalah suatu aspek yang amat penting dalam memahami struktur ilmu Kalam kerana tanpanya, ilmu Kalam tidak dapat dianggap ilmu yang kukuh dalam mensabitkan akidah dan ulama Alam Melayu juga tidak terkecuali dalam hal ini. Atas perkara tersebut, kepentingan Tok Wan Ali Kutan dapat dilihat, namun terdapat beberapa masalah yang memerlukan penjelasan dari sudut kerelevanan tokoh ini dan beberapa fakta yang dilihat bercanggahan. Untuk meletakkan beliau dalam kalangan sarjana Kalam dan aspek pendalilannya, status pendalilan ini dilihat perlu pengabsahan yang sewajarnya termasuk metode pendalilan yang bersifat khusus atau umum yang digunakan dalam karya Zahrat al-Murīd. Justeru, objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang Tok Wan Ali Kutan, meneliti jenis-jenis pendalilan dan menganalisis aspek pendalilan ilmu Kalam dalam Zahrat al-Murīd. Metode utama kajian dalam menganalisis data adalah metode analisis kandungan dan komparatif. Dapatan kajian mendapati Tok Wan Ali Kutan adalah seorang tokoh yang berjasa kepada masyarakat dengan memberikan sumbangan dalam keutuhan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāᶜah dan melahirkan ulama serta tokoh politik hasil daripada tarbiahnya. Selain itu, kedudukan metode pendalilan Ilmu Kalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamāᶜah yang menggunakan sumber naqliah dan akliah sebagai sumber penghujahan menjadi dua aspek utama pendalilan dalam wacana akidah. Dari aspek analisis kandungan dalam Zahrat al-Murīd pula, kajian mendapati metode pendalilan Ilmu Kalam yang digunakan oleh Tok Wan Ali Kutan adalah adunan daripada metode naqliah dan akliah dan pendalilan yang mudah atau tidak terlalu spesifik kerana kitab Zahrat al-Murīd difokuskan kepada golongan awam yang berkeinginan mendalami perbahasan ilmu akidah. Kajian merumuskan kitab Zahrat al-Murīd adalah modul kitab ilmu Kalam yang sesuai dipelajari di peringkat awam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 135
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125406+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
981.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.