Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458329
Title: Isu pluralisme agama dalam tafsiran makna Islam perspektif Muhammad Asad
Authors: Nurhayati Abdullah (P87160)
Supervisor: Kamarudin Salleh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pluralisme
Agama Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  28
Description: Terminologi “Islam” atau “al-Islam” dalam al-Quran ditafsirkan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai satu nama khas bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia. Majoriti umat Islam memahaminya sebagai nama bagi agama yang khusus merujuk kepada agama Islam seperti yang dimaklumi hari ini. Namun, terdapat versi lain terhadap tafsiran perkataan Islam yang dipromosikan oleh golongan liberal pluralis, iaitu perkataan Islam seharusnya ditafsirkan sebagai penyerahan diri kepada tuhan secara umum. Perbezaan tafsiran ini berpunca daripada perbezaan antara kerangka berfikir yang berlandaskan konsep tauhid dan kerangka liberal berlandaskan teori pluralisme agama. Permasalahan timbul sekiranya versi yang terkemudian diterima umum kerana ia bercanggah dengan nas al-Quran yang menegaskan Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai Allah, sedangkan teori pluralisme agama menerima kebenaran semua agama. Golongan liberal pluralis melegitimasikan pandangan dengan dakwaan bahawa dalam al-Quran sebenarnya terdapat seruan terhadap pluralisme agama berdasarkan rujukan kepada Tafsir Muhammad Asad. Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa tafsiran perkataan Islam perspektif Muhammad Asad dalam “The Message of the Quran” memberi ruang kepada golongan liberal pluralis menjustifikasi fahaman pluralisme agama. Menurut Asad, perkataan Islam dan semua perkataan yang berasal daripada kata dasar “aslama” sepatutnya diterjemahkan sebagai penyerahan diri kepada tuhan secara umum. Kesannya ke atas konteks nas yang dikaji, Islam tidak lagi menjadi satu-satunya agama yang benar. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan reka bentuk analisa kandungan ke atas nas-nas al-Quran yang mengandungi perkataan Islam serta nas-nas yang mempunyai kesan semantik daripada perubahan tafsiran perkataan tersebut. Penyelidik melakukan analisis secara tematik dan analitikal deskriptif untuk mengkategorikan data yang diperolehi sama ada berada dalam kerangka tauhid atau kerangka pluralisme agama. Hasil kajian mendapati terdapat unsur pluralisme agama dalam tafsiran perkataan Islam perspektif Muhammad Asad dan mempunyai kesan semantik ke atas konsep-konsep penting dalam Islam yang memberi implikasi besar ke atas pegangan akidah muslim seperti konsep “agama hanif”, “Muslim”, “Mukmin”, “Kafir” dan “keselamatan akhirat”.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 187
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125404+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.