Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458314
Title: Metodologi pentafsiran Syeikh Muhammad Salim Muhaysin dalam Fath al-rahman al-rahim
Authors: Mariam Nabilah Mohd Noor (P56898)
Supervisor: Kharuddin Mohd Amin
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Qur'an -- Commentaries
Qur'an -- Criticism
interpretation
Issue Date:  14
Description: Penulisan dan kajian terhadap kitab tafsir yang menitik beratkan ilmu Qira'at dilihat agak terhad sedangkan ilmu tafsir dan ilmu Qira'at sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kitab Fath al-Rahman al-Rahim adalah salah satu contoh kitab tafsir yang mewakili pendekatan ini yang dihasilkan oleh Syeikh Muhaysin, seorang pakar ilmu Qira'at pada abad ke 20 Masihi. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti kedudukan Qira'at dalam pentafsiran al-Quran. Selain itu, kajian ini juga mengkaji ketokokan Syeikh Muhaysin dalam bidang tafsir di samping metodologi pentafsiran beliau dalam tafsir Fath al-Rahman al-Rahim. Kajian ini juga menganalisis kedudukan Qira'at dalam kitab tafsir tersebut. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan. Analisis pentafsiran surah al-Fatihah dan al-Baqarah dilakukan secara deskriptif berdasarkan tema-tema tertentu. Hasil kajian ini mendapati, kitab tafsir Fath al-Rahman al-Rahim menggunakan pendekatan tafsir tahliliy dengan menyentuh pelbagai perbahasan ilmu-ilmu Islam. Tafsir ini juga lebih memberi penekanan kepada aspek Qira'at Mutawatirah yang disertai dengan penerangan gaya-gaya bacaan dan setiap bacaan tersebut dinisbahkan kepada imam-imam Qurra'. Metode penafsiran yang dominan adalah tafsir bi al-ma'thur. Implikasi kajian ini menunjukkan Syeikh Muhaysin merupakan mufassir yang hebat pada abad ini kerana telah menyumbangkan lebih 20 buah karya dalam bidang tafsir dan culum al-Qur'an. Bilangan ini merupakan jumlah kedua terbanyak selepas karya-karya dalam Qira'at.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pengajian Islam)
Pages: 121
Call Number: BP130.4.M8393M347 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121511+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.