Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458301
Title: Pemikiran fiqh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berkaitan wanita
Authors: Syed Ana Ruhiza'at Syed Alwi (P68646)
Supervisor: Muhammad Adib Samsudin, Dr.
Keywords: Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dato' Haji
1931-2015
Women in Islam
Politicians -- Kelantan
Ulama -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2018
Description: Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1931-2015) merupakan seorang tokoh politik dan ulama yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam bukan sahaja di Malaysia malahan juga di Nusantara. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang luas iaitu memulakan pengajian di pondok, pengajian formal di Deoband India, Pakistan dan juga Mesir. Pendidikan tersebut telah membentuk daya fikir dan keintelektualan beliau. Kewibawaan Nik Aziz bukan sahaja terserlah dalam bidang keilmuan malahan juga dalam bidang kerjaya. Beliau telah menjawat beberapa jawatan penting samada dalam bidang politik mahupun pentadbiran. Akan tetapi, beliau turut dilabelkan sebagai ulama yang bias gender dan mendiskriminasi penglibatan kaum wanita dalam sektor pekerjaan. Pandangan beliau juga kerap berubah seperti dalam isu penglibatan qariah Kelantan dalam musabaqah perujian membaca al-Quran. Sehubungan itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji pemikiran Nik Aziz dalam bidang fiqh 'amaliyyah khususnya berkaitan wanita menerusi hasil karya dan tindak-tanduk beliau sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Besar. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, manakala reka bentuk kajian ini adalah jenis biografi. Analisis data yang diperolehi melalui kaedah temu bual dan penganalisisan terhadap dokumen. Data-data yang diperolehi daripada sumber tersebut kemudiannya ditranskrip dan diinterpretasi secara manual mengikut objektif kajian. Melalui deskripsi data, semua data telah dikelaskan, diolah dan dikarang dalam bentuk penceritaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara keintelektualan serta ketokohan Nik Aziz dengan sistem pendidikan yang diterima oleh beliau. Setiap fasa pendidikan yang dilalui Nik Aziz telah membentuk dirinya menjadi seorang ulama yang mempunyai kemahiran dan keintelektualan yang tinggi. Selain itu, analisis terhadap pemikiran fiqh beliau dibuat menggunakan buku-buku penulisannya dan setiap keputusan yang telah diambilnya, ternyata kesemuanya itu berdasarkan nas-nas syarak yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini telah membuktikan bahawa Nik Aziz mempunyai cara dan manhaj yang tersendiri dalam mengaplikasikan hukum-hukum syarak khususnya dalam berhadapan isu-isu melibatkan wanita.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 128
Call Number: DS597.215.N54S974 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121308+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.