Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458294
Title: | Pemikiran Ahmad Faidzurrahim terhadap amalan golongan Wahabi dalam karya Darah Wahabi |
Authors: | Nor Azyyati Faudzi (P77189) |
Supervisor: | Mohd Arif Nazri, Dr. |
Keywords: | Wahabi Darah Wahabi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16 |
Description: | Karya Ahmad Faidzurrahim berjudul Darah Wahabi merupakan sebuah karya penulisan bersifat kritikan terhadap amalan golongan wahabi dan penulisan karya ini mengandungi sembilan bab yang sarat menyenaraikan amalan-amalan yang dinisbatkan kepada golongan Wahabi. Disertasi ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai metode Istidlal Istiqrai Naqis mengenai amalan yang dinisbatkan kepada golongan Wahabi seperti tauhid tiga, ziarah kubur, tawassul, zikir secara berjamaah selepas solat, tahlil dan mawlid Nabi SAW. Disamping itu juga, kajian ini dilakukan untuk mengetahui latar belakang Ahmad Faidzurrahim dan mengkaji tentang sejarah perkembangan golongan Wahabi. Selain itu, kajian ini bertujuan menilai ketepatan metode Istidlal Ahmad Faidzurrahim adakah mencapai keselarian menurut kehendak syariat dari sudut penghujahan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang menekankan pendekatan analisis kandungan melalui kaedah deskriptif dan data analisis pula menggunakan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati, Ahmad Faidzurrahim menggunakan metode Istidlal Istiqrai Naqis untuk mengemukakan pemikiran mengenai amalan golongan Wahabi. Namun, dari sudut penilaian, pemikiran Ahmad Faidzurrahim jelas kurang bertepatan untuk dijadikan sebuah metode Istidlal berbentuk kritikan kerana tidak mencapai keselarian menurut sumber-sumber yang disepakati.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 164 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121300+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.