Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458285
Title: | Hubungan perdagangan antara Mesir dan India Era Mamluk (648H–923H)/(1250M – 1517M) |
Authors: | Naema Abulqassm A Khlifa (P78887) |
Supervisor: | Wan Kamal Mujani, Prof. Dr. |
Keywords: | Perdagangan Pengaruh hubungan Hubungan perdagangan |
Issue Date: | 9 |
Description: | Kajian ini berusaha untuk membincangkan bentuk hubungan perdagangan yang terjalin antara kerajaan Mesir dan kerajaan India pada era Mamluk (648H-923H/1250M-1517M). Penumpuan diberikan terhadap situasi politik, kedudukan ekonomi yang berlandaskan bidang pertanian, pembuatan dan perdagangan. Kajian turut memfokuskan kepada pembentukan komuniti dan intelektual, sejauhmana pengaruh hubungan tersebut terhadap realiti perhubungan perdagangan antara Mesir dan India, sama ada di peringkat domestik mahupun global. Kajian meneliti kadar pengaruh tersebut dengan mengambil kira pengaruh kedudukan geografi yang menjadi sebab kepada kejayaan hubungan perdagangan antara Mesir dan India. Hubungan tersebut membentuk satu rantaian perhubungan antara perdagangan Lautan Hindi dengan perdagangan Laut Merah dan Laut Mediterranean. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti hubungan perdagangan antara Mesir dan India berdasarkan maklumat yang ada. Kajian juga menerangkan aspek hubungan politik sebelum Islam dan selepasnya, sejauhmana perubahan yang berlaku seiringan dengan hubungan yang terjalin, sistem perdagangan, barangan dagangan utama yang diperdagangkan antara kedua-dua pihak pada era tersebut, menyerlahkan aktiviti perdagangannya seperti pasar perniagaan, bazar perniagaan, perhotelan, pusat dagangan di samping menyerlahkan peranan perdagangan rempah ratus dari timur. Kajian ini menggunakan metode pensejarahan dan deskriptif. Ia memberikan gambaran pada sari peristiwa dan detik bersejarah bagi setiap perbincangan secara yang boleh membantu pemahaman situasi dan perkembangan yang berlaku ketika itu. Antara dapatan utama kajian ini ialah ternyata bahawa hubungan antara Mesir dan India adalah mendalam kerana para pemerintah dan penguasa di Mesir dan India memberikan bantuan dan kemudahan kepada perhubungan perdagangan antara mereka. Hubungan perdagangan ini pula memberikan pengaruh timbal balik antara kedua-dua negara dalam segenap aspek kehidupan. Faktor geografi Mesir dan India juga memainkan peranan yang penting untuk mereka menguasai laluan perdagangan melalui pelabuhan dan pusat hentian yang menghubungkan beberapa negara di rantau timur dan barat. Manakala para pedagang 'karimiyyah' (yang menjalankan perdagangan komoditi dari rantau timur) dan pedagang rempah ratus memainkan peranan kemanusiaan yang unggul. Bentuk perdagangan seumpama itu berterusan beberapa ketika, namun akhirnya terhenti akibat tunduk kepada dasar monopoli perdagangan yang membawa kepada penemuan Tanjung Harapan dan perdagangan beralih arah ke Portugal yang sekaligus melemahkan hubungan tersebut dan semakin merosot.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 192 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121136+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.