Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458282
Title: Pendekatan dakwah aL-Targhib dan aL-Tarhib terhadap golongan lesbian, gay, biseksual & transeksual (LGBT) dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO)
Authors: Fatin Aqilah Hanapiyah (P78853)
Supervisor: Zulkefli Aini, Dr.
Keywords: Dakwah
Lesbian
Gay
Biseksual & Transeksual (LGBT)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  23
Description: Dakwah merupakan satu usaha murni yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim yang cakna dengan masalah sosial yang semakin pincang terutama masalah LGBT. Terdapat pelbagai metod atau pendekatan yang boleh digunakan oleh pendakwah dalam membantu memulihkan masyarakat yang terjebak dengan LGBT dari terus melakukan kesilapan. Pendekatan dakwah al-Targhib dan al-Tarhib merupakan salah satu usaha pendakwah dalam menyampaikan dakwah dengan berkesan terhadap LGBT. Namun, adakah pendekatan al-Targhib dan al-Tarhib ini benar-benar dapat membantu menyantuni dan memulihkan golongan LGBT dari fitrah songsang? Oleh itu, penerbitan ini bertujuan mengenal pasti pendekatan al-Targhib dan al-Tarhib dalam proses menyampaikan dakwah khususnya terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual atau LGBT di Malaysia. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti pendekatan pemulihan yang sedia ada kepada golongan LGBT di Malaysia, mengkaji amalan pusat pemulihan kepada golongan LGBT secara al-Tarhib di Malaysia dan mengkaji amalan pusat pemulihan kepada golongan LGBT secara al- Targhib di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kes menggunakan kaedah temubual. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif melalui kaedah tematik. Hasil kajian mendapati, badan kerajaan dan bukan kerajaan mempraktikkan kaedah al-Targhib dan al-Tarhib melalui program-program, ceramah dan usrah yang dibuat untuk membantu golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah. Walaupun terdapat banyak kaedah pendekatan dakwah terhadap masyarakat, namun masih ada ruang untuk pendekatan al-Targhib dan al-Tarhib membantu dalam mendidik masyarakat kembali kepada kebenaran melalui program, aktiviti, ceramah yang dianjurkan selain membantu para pendakwah untuk terus memperbaiki dan menambahkan ilmu agar dakwah yang disampaikan lebih berkesan dan jitu.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 92
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121059+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.