Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458273
Title: Persepsi mahasiswa terhadap ilmu kebapaan menurut Abdullah Nāṣih UlwᾹn dalam kalangan bapa
Authors: Nurbaitil Aminah Mohd Anuar (P78732)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Abdullah Nāṣih UlwᾹn
Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  13
Description: Dalam Islam tanggungjawab ketua kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum bapa, termasuk dalam konteks kasih sayang perlindungan, pendidikan dan bimbingan. Namun, pelbagai krisis dan masalah mula timbul di kalangan bapa yang dikaitkan dengan masalah kurang ilmu keibubapaan sehingga menjerumuskan diri kepada perlakuan yang tidak baik seperti panas baran, sumbang mahram, penderaan fizikal, pengabaian pendidikan agama, pengabaian nafkah dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti Abdullah Nāṣih UlwᾹn sebagai tokoh Islam dalam bidang pendidikan awal anak-anak menurut Islam, mengkaji tanggungjawab dan kaedah pendidikan bapa menurut Abdullah Nāṣih UlwᾹn dan menganalisis persepsi mahasiswa terhadap amalan bapa berkaitan ilmu kebapaan dalam keluarga. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 100 responden dalam kalangan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam. Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 23.0. Dapatan kajian menunjukkan pengenalan tokoh Islam dalam bidang pendidikan awal anak menurut Islam iaitu Abdullah Nāṣih UlwᾹn kurang dikenali dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini mendapati kebanyakan bapa melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka seperti menyediakan makanan dari sumber yang halal (Min=3.55). Manakala dalam kaedah pendidikan pula bapa mereka mendidik mereka dengan ajaran agama Islam yang sempurna supaya mereka menjadi anak yang baik, soleh dan solehah serta mengamalkan ucapan hamdalah (Alhamdulilah) (Min=3.41). Hasil kajian juga mendapati persepsi mahasiswa terhadap amalan bapa dalam ilmu kebapaan menurut Abdullah Nāṣih UlwᾹn adalah bapa perlu lebih mendalami ilmu kebapaan ini adalah berdasarkan pandangan yang telah diberikan oleh responden. Implikasi kajian dapat memberikan pendedahan awal berkaitan ilmu keibubapaan kepada responden sebagai persediaan menjadi ibu bapa yang cemerlang rohani dan fizikal mengikut ajaran Islam sepenuhnya. Di samping itu, kajian ini dapat memberikan sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), institusi pelajaran tinggi awam (IPTA), dan sebagainya dalam menguruskan kesejahteraan institusi kekeluargaan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 177
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121041+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
819.6 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.