Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458270
Title: | Konsep jihad dalam majalah Dabiq |
Authors: | Noor Izatie Che Zawawi (P83795) |
Supervisor: | Zul'azmi Yaakob, Dr. |
Keywords: | Jihad Dabiq Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16 |
Description: | Dabiq merupakan majalah atas talian yang pernah digunakan oleh kumpulan militan IS (Islamic State) dalam mempromosi serta menggalakkan kepada perjuangan 'jihad' pada jalan Allah melalui peperangan bagi menubuhkan khilafah. Walaupun kumpulan tersebut turut menggunakan pelbagai medium lain seperti penyebaran video dalam YouTube di samping komunikasi secara maya terutama sekali Twitter, penghasilan majalah Dabiq masih dianggap satu keperluan bagi kumpulan tersebut khususnya dalam mendokumentasi serta mengetengahkan organisasi dan pelbagai aktiviti 'jihad' mereka kepada masyarakat antarabangsa. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis konsep 'jihad' yang dibahaskan dalam majalah Dabiq termasuklah dari sudut pemahaman dalam melaksanakannya, metodologi, bahkan menilai sejauh manakah keselariannya dengan ajaran Islam yang sebenar. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis kandungan dengan memfokuskan penganalisaan terhadap kandungan dokumen dalam majalah Dabiq. Sebanyak 15 edisi majalah Dabiq dianalisis sebagaimana yang boleh dicapai secara atas talian. Hasil kajian mendapati 'jihad' yang dikonsepkan dalam majalah tersebut lebih terarah kepada peperangan sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Kajian juga menunjukkan definisi 'jihad' yang diketengahkan adalah dengan melaksanakan peperangan semata-mata oleh orang Muslim. Kesalahfahaman tafsiran jihad ini yang dimanifestasikan oleh kumpulan IS melalui penghijrahan ke negara peperangan iaitu Syria dan Iraq bagi memenuhi tanggungjawab terhadap agama. Tafsiran yang ekstrem oleh kumpulan IS mengenai konsep 'jihad' ini telah menghasilkan ramai Muslim yang berfikiran radikal kerana mereka percaya tindakan itu adalah merupakan satu pengorbanan terhadap agama. Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pemikiran Islam khususnya berkaitan pembentukan ideologi radikal dan falsafah kumpulan militan IS dalam konteks akademik. Diharap kajian ini juga membantu kerajaan membentuk polisi perundangan berkenaan pengaruh ideologi ekstrem dan radikal untuk mencipta Malaysia yang lebih aman.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 214 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458270 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121037+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 395.03 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.