Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458268
Title: | Pengurusan pelupusan teks-teks al-Qur'an di Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan permasalahannya |
Authors: | Siti Aisyah Ab Gani (P78021) |
Supervisor: | Mohd Nazri Ahmad, Dr. |
Keywords: | Al-Qur'an al-Karim Pelupusan Masalah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9 |
Description: | Al-Qur'an al-Karim adalah kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pemeliharaan al-Qur'an merupakan suatu perkara yang amat penting bagi menjaga kesucian dan kemuliaannya daripada tercemar. Pihak kerajaan telah mengambil suatu inisiatif dengan melantik organisasi khusus untuk menjalankan tanggungjawab dalam mengurus bahan-bahan cetakan teks al-Qur'an. Namun begitu, kelemahan pada pengurusan telah menyebabkan masalah lambakan teks-teks al-Qur'an tidak dapat dibendung. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji proses pelupusan al-Qur'an, pihak pengurusan dan permasalahannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian analisis dokumen. Teknik pengumpulan data adalah menggunakan dokumen-dokumen daripada pihak yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebagai sumber primer manakala secara kepustakaan sebagai sumber sekunder. Analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati perlaksanaan pelupusan al-Qur'an di Malaysia adalah memenuhi ketetapan syarak. Teknik yang sering dipraktikkan hanyalah satu iaitu teknik pembakaran dan pembuangan abu ke dalam laut. Pengurusan pelupusan di Johor diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Dapatan menunjukkan empat masalah utama yang menjadi halangan dalam menguruskan pelupusan iaitu kelemahan dan kelonggaran pada Akta Pelupusan al-Qur'an, kekurangan kekuatan tenaga kerja, mengutamakan program dan aktiviti Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan kekangan masa. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak kerajaan dan pihak pengurusan dalam memperbaiki pengurusan pelupusan al-Qur'an di Johor ini dengan lebih efektif.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 101 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 68.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.