Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458262
Title: | Pendekatan Pendidikan Islam berasaskan modul di Sekolah Harapan Melaka |
Authors: | Nur Azyan Baharizan (P81823) |
Supervisor: | A'dawiyah Ismail, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Islamic religious education |
Issue Date: | 10 |
Description: | Kemerosotan akhlak dan disiplin remaja masa kini merupakan cabaran utama dalam masyarakat yang dipercayai berkait rapat dengan lemahnya penghayatan dalam Pendidikan Islam. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan jumlah kes remaja hamil bawah umur yang dilaporkan sejak 2013 sehingga Mei 2019. Sehubungan itu, terdapat banyak pusat perlindungan wanita diwujudkan secara khusus bagi menangani isu ini melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui pendekatan Pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan Pendidikan Islam di Sekolah Harapan Melaka berasaskan modul dan kaedah pelaksanaanya serta menganalisis kepentingan Pendidikan Islam di sekolah ini. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan kaedah temu bual separa struktur, analisis kajian, analisis kandungan dan analisis dokumen sebagai instrument untuk mendapatkan data. Temu bual dilakukan terhadap 6 orang guru Pendidikan Islam Sekolah Harapan Melaka. Kajian mendapati pendekatan Pendidikan Islam berasaskan kandungan di Sekolah Harapan Melaka adalah merangkumi pelajaran Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah serta gabungan pelajaran Adab, Sirah dan Jawi. Namun begitu, kandungan dalam pelajaran-pelajaran tersebut terlalu umum terutama sekali bagi pelajaran Adab dan Sirah. Kajian juga mendapati Guru Pendidikan Islam Sekolah Harapan berupaya menarik perhatian pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran iaitu kaedah contoh teladan, beransur-ansur, nasihat dan bimbingan, pembiasaan, pengawasan serta hukuman dan ganjaran. Pendidikan Islam di Sekolah Harapan Melaka juga didapati berkepentingan dalam mensucikan diri dengan membentuk elemen-elemen musharatah (perjanjian hati), muraqabah (pemerhatian tingkah laku), muhasabah (perhitungan amalan), mucaqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan nafsu) dan mucatabah (pembersihan jiwa). Implikasi kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selaku pihak bertanggungjawab dalam pembentukan modul Pendidikan Islam di Sekolah Harapan Melaka untuk menambahbaik silibus dan kandungan Pendidikan Islam. Kajian ini juga secara tidak langsung membantu pusat perlindungan wanita lain dalam menangani akhlak remaja melalui Pendidikan Islam khususnya remaja hamil luar nikah.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pengajian Islam) |
Pages: | 172 |
Call Number: | BP44.A997 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120919+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 43.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.