Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458250
Title: Konsep khalwat menurut syarak dan undang-undang jenayah Syariah serta pelaksanaan hukuman khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat
Authors: Mariyah Mohamed Salleh (P78843)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sex crimes (Islamic law) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2019
Description: Khalwat merupakan satu kesalahan jenayah Syariah yang serius kerana ia mengancam pembentukan institusi kekeluargaan. Walaupun telah wujud peruntukan undang-undang jenayah Islam di setiap negeri berkaitan dengan kesalahan khalwat, namun kadar pesalah yang terlibat dalam jenayah khalwat masih membimbangkan. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep kesalahan khalwat berdasarkan syarak dan perundangan jenayah Islam di Malaysia. Kajian juga menganalisis bentuk serta kadar hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan jenayah khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada tahun 2010 sehingga 2015. Metodologi kajian adalah kualitatif iaitu secara analisis kandungan, kajian kes dan temu bual semi berstruktur bersama dua orang peserta kajian dalam kalangan pentadbir Mahkamah Syariah. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa menurut syarak khalwat dibahagikan kepada dua iaitu khalwat sahihah dan fasidah, di mana, khalwat sahihah lebih memfokuskan kepada hubungan suami isteri selepas pernikahan. Manakala khalwat fasidah berkaitan dengan hubungan sebelum perkahwinan, apabila tertuduh ditangkap melakukan kesalahan khalwat fasidah, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Enakmen Jenayah Syariah berkaitan kesalahan khalwat. Kadar hukuman yang lazim dikenakan terhadap tertuduh adalah hukuman denda sekitar berjumlah RM 2900. Rayuan yang sering digunakan oleh tertuduh bagi menggurangkan kadar hukuman yang telah ditetapkan adalah seperti perlu menyara ibu bapa yang sudah uzur, mempunyai adik-beradik yang ramai serta OKU, masih belajar, tidak mempunyai pendapatan yang tetap, kali pertama melakukan kesalahan khalwat dan kesihatan yang tidak baik. Rayuan-rayuan itu dinilai melalui riak wajah dan gerak geri penyesalan sewaktu tertuduh memohon untuk menggurangkan hukuman yang dikenakan ke atasnya. Selain daripada hukuman yang termaktub dalam enakmen jenayah syariah berkaitan kesalahan khalwat terdapat hukuman alternatif yang boleh diaplikasikan di mahkamah syariah terhadap tertuduh antaranya pertama, membuang pertuduhan kesalahan yang diakukan oleh tertuduh selepas diberi amaran oleh hakim. Kedua, memerintahkan tertuduh itu ditahan di rumah kebajikan yang diluluskan oleh majlis. Ketiga, melepaskan tertuduh dengan syarat dia mengikat bon dengan penjamin dengan berkelakuan baik atau tertuduh disuruh hafal surah Yasin atau mahkamah tangguh setahun iaitu tahun depan mahkamah menyuruh tertuduh menghafal satu surah Yasin atau surah al-Kahfi sebanyak 10 ayat atau hakim memutuskan untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh dengan membuat kerja amal dalam tempoh masa 3 jam. Walau bagaimanapun, hukuman alternatif yang sering Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat jatuhkan terhadap tertuduh adalah hukuman alternatif yang kedua iaitu dimasukkan ke rumah perlindungan wanita Baitul Ehsan. Implikasi kajian membuktikan bahawa mahkamah perlu menyediakan satu garis panduan budi bicara hakim bagi menetapkan pengurangan kadar hukuman. Kadar hukuman jenayah khalwat juga haruslah diperbaharui kerana hukuman yang ditetapkan pada sepuluh tahun yang lampau pada masa kini tidak lagi wajar dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh jenayah khalwat.,Tesis ini tidak ada “ Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 130
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120808+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.