Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458247
Title: Pemikiran politik Islam Haji Abdullah Abbas Nasution berdasarkan kitab tafsir harian al-Quran al-Karim
Authors: Siti Balkis Mohd Shrif (P81836)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nasution, Abdullah Abbas, 1912-1987. Tafsir Harian al-Qur'an al-Karim
Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Qur'an -- Criticism, Textual
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Politik Islam seringkali dibincangkan oleh para sarjana Islam. Hal ini termasuklah pentafsir al-Quran turut menyentuh berkaitan politik Islam ketika mengarang tafsir. Sebagai contoh tafsir terkemuka yang menyentuh berkaitan politik Islam antaranya tafsir yang dikarang oleh Sayyid Qutb, Said Hawa dan juga HAMKA. Namun terdapat juga di Tanah Melayu tokoh tafsir iaitu Haji Abdullah Abbas Nasution yang turut menyentuh berkaitan politik Islam di dalam kitab tafsir beliau iaitu Tafsir Harian al-Quran al-Karim. Haji Abdullah Abbas Nasution sebelum menghasilkan tafsir tersebut pernah terlibat secara aktif dalam bidang politik dengan menyertai beberapa parti utama di Tanah Melayu antaranya menjadi ahli UMNO dan PAS serta memegang beberapa jawatan penting di dalam kedua parti tersebut. Oleh kerana itu, kitab tafsirnya banyak menjelaskan berkaitan tentang isu politik Tanah Melayu di antara tahun 1956-1959 apabila menyentuh tentang ayat-ayat yang berkaitan dengan kepimpinan, kenegaraan dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut, pengkaji berminat mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan pemikiran politik Islam Haji Abdullah Abbas Nasution berdasarkan kitab tafsir beliau iaitu Tafsir Harian al-Quran al-Karim melalui kajian tafsir ijtimaci bermula tahun 1956 sehingga tahun 1959. Objektif kajian ini ialah menganalisis pemikiran politik Islam beliau berkaitan negara Islam dan pemimpin Islam, pilihan raya dan sistem Demokrasi, keadilan sosial dan perundangan Islam. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap sumber primer iaitu kitab tafsir itu sendiri dan juga kitab-kitab karangan beliau yang lain di samping beberapa rujukan primer dan sekunder yang berkaitan dengan fokus kajian. Hasil kajian mendapati, pemikiran politik Islam yang beliau kemukakan dari sudut negara ialah negara hendaklah berkonsepkan Islam serta berpegang dengan prinsip 'Baldatun Taiyibatun wa Rabbun Ghafur'. Manakala dari sudut pemimpin, seorang pemimpin perlu bersifat adil, amanah, bertanggungjawab, berilmu dan pengetahuan, lemah lembut dan berhikmah serta jauh daripada sifat fasad. Adapun daripada sudut pilihan raya, pelaksanaannya mestilah berdasarkan etika yang telah digariskan oleh Islam dengan merencanakan akhlak yang baik sama ada penyertaan rakyat dan penglibatan pemimpin. Manakala dari sudut sistem Demokrasi, beliau menerima demokrasi kerana wujudnya titik persamaan antara demokrasi dan Syura dalam sistem politik Islam walaupun tidak secara seratus peratus. Dari sudut keadilan sosial pula, beliau sangat menekankan toleransi perhubungan masyarakat dan menolak penindasan sesama manusia. Seterusnya daripada sudut perundangan Islam, beliau menekankan kepada wajib berpegang dengan hukum-hakam Allah SWT sebagai sistem peraturan yang pasti menjamin keamanan dan keselamatan masyarakat dan negara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 197
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120805+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.