Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458225
Title: | Budaya ilmu dalam kalangan pendakwah di Bandar Baru Bangi |
Authors: | Normaisarah Othman (P78831) |
Supervisor: | Zulkefli Aini, Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) Islamic preaching -- Malaysia Muslim missionaries Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic – Malaysia |
Issue Date: | 9 |
Description: | Seorang pendakwah yang baik adalah yang mampu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum menghadapi masyarakat. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pendakwah yang tidak membudayakan ilmu dalam kehidupan terutamanya ketika menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Sebagai contoh pendakwah menyampaikan hadith mauduc dan kisah-kisah Isra'iliyyat dalam penyampaian dakwah mereka. Ini akan menimbulkan kekeliruan terhadap ilmu sekaligus memberikan persepsi yang buruk kepada para pendakwah. Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti disiplin-disiplin ilmu yang dipelajari sebagai persediaan menjadi pendakwah, mengenalpasti tahap penguasaan ilmu dalam kalangan pendakwah dan mengkaji budaya ilmu dalam kalangan pendakwah. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji hubungan antara mempelajari dengan menguasai disiplin-disiplin ilmu dalam kalangan pendakwah serta mengkaji hubungan tahap penguasaan disiplin-disiplin ilmu dengan budaya ilmu dalam kalangan pendakwah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis dengan dua kaedah iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Seramai 45 orang pendakwah yang menyampaikan ceramah dan kuliah agama di satu buah masjid dan tujuh buah surau di sekitar Bandar Baru Bangi (BBB) dipilih menjadi responden kajian melalui persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan disiplin-disiplin ilmu yang dipelajari sebagai persediaan menjadi pendakwah adalah disiplin Ilmu Pengetahuan Islam, Bahasa Dan Kesusasteraan, Sejarah, Ilmu Fenomenologi, Ilmu Kemanusiaan dan Pengetahuan Ilmiah. Manakala tahap penguasaan disiplin ilmu pendakwah yang paling tinggi adalah Ilmu Pengetahuan Islam (min=3.84), Bahasa Dan Kesusasteraan (min=3.84), Sejarah (min=3.76), Ilmu Fenamenologi (min=3.47), Ilmu Kemanusiaan (min=3.24) dan Pengetahuan Ilmiah (min=3.18). Selain itu, dapatan hasil juga menunjukkan budaya ilmu dalam kalangan pendakwah adalah budaya hormat dalam perbezaan pendapat(min=3.84) budaya menyampaikan ilmu(min=3.76), budaya menyelidik (min=3.76) budaya belajar (min=3.58), budaya membaca(min=3.58), budaya berdiskusi (min=3.58), budaya menulis (min=3.42). Disamping itu, hasil kajian daripada ujian Korelasi Pearson yang pertama menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara mempelajari dengan menguasai disiplin-disiplin ilmu (r= .860, p= .000), manakala bagi dapatan untuk hubungan tahap penguasaan ilmu-ilmu dengan budaya ilmu dalam kalangan pendakwah juga adalah signifikan dengan catatan keputusan ujian Korelasi Pearson adalah (r= .860, p= .000). Kajian ini dilihat dapat memberikan sumbangan ilmu dalam bidang dakwah terutamanya kepada pihak yang terlibat secara langsung dengan dakwah samada agensi kerajaan, swasta dan pihak perseorangan. Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat membantu para pendakwah memperkukuhkan lagi penguasaan disiplin-disiplin ilmu dan membudayakan budaya ilmu supaya isi penyampaian ilmu Islam adalah lebih berkualiti, fakta dan berintigriti.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 142 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120647+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.