Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458221
Title: | Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan bilangan 28 tahun di Kementerian Pengajian Tinggi menurut perspektif Islam |
Authors: | Nur Najwa Hanani Abd Rahman (P52108) |
Supervisor: | Razaleigh Muhamat@Kawangit, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Civil service ethics-Malaysia Office practice in government-Malaysia |
Issue Date: | 28 |
Description: | Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2009 dikeluarkan bertujuan untuk menjelaskan berkenaan tanggungjawab pegawai awam terhadap penyampaian perkhidmatan awam berdasarkan tatakelakuan pegawai awam dalam Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) dalam Perlembagaan Persekutuan 1993. Berdasarkan aduan daripada orang awam semasa berurusan dengan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan antara isu yang menjejaskan penyampaian perkhidmatan adalah seperti salah guna kuasa, kelewatan atau tiada tindakan, kegagalan penguatkuasaan, kualiti perkhidmatan kaunter yang kurang memuaskan, kegagalan mengikut prosedur dan tidak responsif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan konsep Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 tahun 2009 dan menyelesaikan masalah isu yang menjejaskan Penyampaian Perkhidmatan Awam dalam pekeliling tersebut menurut perspektif Islam. Selain itu juga, kajian bertujuan untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan tanggungjawab pegawai awam berdasarkan isu yang menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam dalam Pekeliling tersebut. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya dipilih sebagai lokasi untuk melaksanakan kajian. Metodologi yang digunakan adalah melibatkan kriteria pengumpulan data dan kriteria pengukuran data. Data untuk kajian ini dikumpul melalui dua teknik iaitu secara soal selidik dan kajian kepustakaan. Sebanyak 120 soal selidik dengan menggunakan Skala Likert telah diedarkan kepada responden dan diproses melalui Statistical Package For Social Sciences (SPSS) serta dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan maklum balas yang diberikan oleh responden amat memuaskan. Majoriti responden dapat memahami konsep serta isu yang menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam yang diutarakan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 28 tahun 2009 dengan baik. Responden juga melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai awam menurut perspektif Islam. Pelaksanaan pekeliling perkhidmatan ini juga memberi kesan kepada responden supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai awam,Tesis ini tiada Pengakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 117 |
Call Number: | JQ1062.A56O356 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458221 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120510+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.29 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.