Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458205
Title: | Penglibatan kerajaan Turki dalam pembinaan semula masjid Tokyo di Jepun |
Authors: | Siti Zulfa Palem Zainol (P85146) |
Supervisor: | Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr. |
Keywords: | Turkey -- Relations -- Japan International relations -- History Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29 |
Description: | Masjid Tokyo dibina buat pertama kalinya oleh komuniti Tatar Turki yang menetap di Jepun pada tahun 1938. Walau bagaimanapun, masjid Tokyo mengalami kerosakan yang teruk akibat gempa bumi pada tahun 1986. Masjid tersebut dibina semula pada tahun 1998 dan siap pada tahun 2000 di Tokyo. Masjid Tokyo merupakan masjid terbesar dan tercantik sehingga diiktiraf oleh Japan Architecture Institute pada tahun 2002. Namun begitu, sebahagian besar dana pembinaan semula masjid Tokyo dibiayai oleh Kerajaan Turki. Malah reka bentuk masjid Tokyo yang berasaskan seni bina 'Uthmaniyyah menjadikan masjid tersebut satu daya tarikan terhadap pelancong dan kebanggaan masyarakat Jepun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan di antara kerajaan Turki dan Jepun pada abad ke-19M sehingga abad-20M. Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh seni bina Turki terhadap Masjid Tokyo dan menganalisis peranan Kerajaan Turki terhadap pembinaan semula Masjid Tokyo. Bagi mendapatkan hasil tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Data dan dokumen dikumpul dan dianalisa menggunakan kaedah analisis tematik teks serta deduktif. Data diperoleh menerusi analisis dokumen, temu bual dan observasi. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk mendapatkan jawapan objektif dan persoalan kajian. Hasil penelitian terhadap Hubungan kerajaan Turki dan Jepun, kajian ini mendapati terdapat peranan Kerajaan Turki dalam perkembangan Islam di Jepun. Hal ini dikukuhkan melalui penghijrahan komuniti Turki-Tatar di Jepun. Perkembangan dan kesatuan komuniti Turki-Tatar dan komuniti Islam merupakan peranan penting terhadap pembinaan awal Masjid Tokyo. Namun begitu, pembinaan semula masjid Tokyo mengambil tempoh selama 14 tahun kerana kekurangan dana kewangan. Oleh itu, komuniti Islam berusaha mencari dana dan mewakafkan tanah masjid Tokyo kepada Kerajaan Turki. Kerajaan Turki melantik Turkish Religious Affairs sebagai pembiaya utama masjid Tokyo dan menggunakan seni bina 'Uthmaniyyah sebagai reka bentuk Masjid Tokyo. Sebagai kesimpulan, komuniti Islam dan Turkish Religious Affairs membuktikan peranan Kerajaan Turki dan pengaruh seni bina Turki terhadap pembinaan Masjid Tokyo. Impak daripada pembinaan masjid Tokyo ini mewujudkan kesatuan dan toleransi masyarakat tempatan dan masyarakat Islam di Jepun. Hasil kajian ini dapat membantu kajian-kajian akan datang dalam menerokai sejarah hubungan Turki dan Jepun serta peranan institusi masjid sebagai penyebaran Islam ke dunia.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 125 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120010+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.