Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458201
Title: Persepsi masyarakat muslim terhadap produk yang menggunakan label makanan sunnah dan ruqyah: kajian di Bandar Baru Bangi
Authors: Siti Atikah Pauzi (P83707)
Supervisor: Zul'azmi Yaakob, Dr.
Keywords: Food -- Religious aspects -- Islam
Nutrition -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  23
Description: Masyarakat Islam di Malaysia dikatakan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam mengamalkan pemakanan berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ia memberi kesan munculnya produk makanan sunnah dan ruqyah dalam pasaran makanan halal di Malaysia. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pemahaman masyarakat Islam di Bandar Baru Bangi terhadap kedua-dua konsep tersebut. Selain itu, objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti faktor-faktor memilih produk serta mengetahui persepsi masyarakat Islam di Bandar Baru Bangi terhadap produk makanan sunnah dan ruqyah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif iaitu kaedah penyelidikan bukan eksperimental melalui kajian tinjauan. Alat kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik. Data-data daripada instrumen soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS (version 23.0). Hasil kajian mendapati pemahaman masyarakat Islam terhadap konsep makanan sunnah dan ruqyah hanyalah di tahap sederhana tinggi. Dorongan individu pula merupakan faktor utama yang mempengaruhi masyarakat Islam dalam memilih produk makanan sunnah dan ruqyah berbanding faktor persekitaran serta produk. Walaupun masyarakat Islam di Malaysia dikatakan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam mengamalkan pemakanan berlandaskan al-Quran dan sunnah, namun persepsi masyarakat Islam di Bandar Baru Bangi terhadap produk makanan sunnah dan ruqyah hanya berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini diharap dapat memberikan impak kepada masyarakat Islam untuk prihatin dan berpengetahuan tentang makanan sunnah dan ruqyah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 108
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458201
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120007+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.