Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458200
Title: Falsafah angka menerusi surah-surah Makkiyyah
Authors: Siti Faizah Md Azhari (P46940)
Supervisor: Abdul Latif Samian, Prof. Dr.
Keywords: Angka dalam Quran
Numbers in the Qur'an
Issue Date:  30
Description: Angka digunakan bagi setiap cabang ilmu sains. Peranan yang dicapahkannya mencakupi keseluruhan kesempurnaan kemaslahatan hidup insan termasuklah bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Kajian tesis ini adalah mengkaji falsafah angka menerusi perspektif Islam melalui Qalam Allah, al-Quran al-Karim. Penumpuan penyelidikan berfokus terhadap surah-surah Makkiyyah iaitu surah-surah yang menggariskan asas utama dalam pembenihan dan pentarbiahan akidah insan kepada keesaan Allah SWT. Justifikasi penyelidikan adalah bagi merungkai signifikasi angka yang termaktub di dalam al-Quran sebagai suatu hikmah kurniaan Allah SWT terhadap insan yang berakal iaitu insan yang telah dilantik sebagai khalifah. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah menjalankan penyelidikan terhadap pengistilahan angka yang jelas (wadih) sebagaimana yang dimaktubkan melalui 86 surah-surah Makkiyyah dengan menggunakan asas penyelidikan yang lebih berfokus kepada kajian kepustakaan. Analisis data kajian ini mendapati bahawa terdapat 109 ayat yang membentangkan penggunaan sistem angka yang melalui 47 surah daripada keseluruhan surah-surah Makkiyyah. Antara rungkaian hikmah yang paling awal disorotkan adalah berkenaan angka satu yang merupakan pengistilahan angka yang pertama memperihalkan keesaan Allah sebagaimana yang dimaktubkan mengikut kronologi susunan surah-surah al-Quran. Gambaran ini antara yang menepati ciri-ciri surah-surah Makkiyyah sebagai sari utamanya yang bertunjangkan kepada pengesaan Allah SWT. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa falsafah angka yang dimaktubkan di dalam al-Quran juga merungkai kebenaran hakiki yang mencerminkan keesaan dan kekuasaan Allah SWT menerusi dimensi ilmu matematik. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya ada kajian lebih mendalam kepada korelasi ilmu angka dan mantik matematik dengan meningkatkan penumpuan kajian terhadap keseluruhan surah-surah lain di dalam al-Quran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 304
Call Number: BP134.N85S59 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119440+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.