Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458194
Title: | Penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri berdasarkan perspektif Islam |
Authors: | Nur al-Farhain Kamaruzaman (P62987) |
Supervisor: | Mohd Al-Adib Samuri, Dr. |
Keywords: | Undang-undang Jenayah Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. |
Issue Date: | 14 |
Description: | Penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang terkandung di dalamnya peruntukan berkaitan kesalahan moral dan kesusilaan telah mula diterima pakai oleh hampir semua negeri bermula hujung 90-an. Ini bermakna usia penguatkuasaannya telah menjangkau lebih sedekad. Tetapi hingga kini, penguatkuasaannya masih menerima kritikan dari pelbagai pihak. Terdapat pihak yang mempertikaikan keperluan pendekatan undang-undang ini dari sudut syarak, manakala setengah pihak yang lain mengkritik perkara-perkara yang bersifat teknikal. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji teori dan konsep penguatkuasaan iaitu konsep hisbah, mengkaji perspektif Islam tentang penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral di Malaysia dan menganalisis kritikan-kritikan yang berkaitan dengannya. Kajian ini merupakan kajian kes terhadap penguatkuasaan perundangan moral di Malaysia. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen yang terdiri daripada kitab turath, artikel jurnal akademik dan laporan berita dalam akhbar. Data dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral dalam konteks Malaysia menepati konsep hisbah. Malah, penguatkuasaan ini menepati konsep maslahah yang bertujuan untuk memelihara lima objektif utama yang dipelihara syarak iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Walau bagaimanapun, berdasarkan kritikan yang diterima, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan berkaitan pelbagai aspek penguatkuasaan undang-undang. Implikasinya kualiti pengurusan dan pentadbiran aktiviti penguatkuasaan dapat dipertingkatkan dan akhirnya menonjolkan imej yang baik untuk Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 104 |
Call Number: | BP158.C7N845 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119295+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.