Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458190
Title: | Metode al-Albani pada Mukhtalaf al-Hadith melalui karya Asl Sifat Salat al-Nabi S.A.W |
Authors: | Mohamad Khalid Bahrudin (P 88183) |
Supervisor: | Mohd Arif Nazri, Dr. |
Keywords: | Metode Al-Albani al-Hadith Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14 |
Description: | Ahli hadith sering dikatakan golongan yang kurang menguasai ilmu Fiqh dan Usul Fiqh serta lemah dalam penggunaan logik pada memahami nas-nas shara. Ilmu Mukhtalaf al-adth sangat signifikan apabila ia melibatkan perbahasan subjek yang kritikal dalam agama seperti praktis sifat solat kerana perbahasannya dapat membantu dalam memurnikan tatacara solat agar bertepatan dengan tuntutan sunnah Nabi s.a.w. Kajian ini bertujuan melihat penggunaan metode al-Jam oleh al-Alb memandangkan ianya merupakan metode paling dominan digunakan dalam masalah ini. Selain itu, kajian juga bertujuan meninjau pendirian beliau pada metode naskh dan tarj kerana keduanya ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam penyelesaian Mukhtalaf al-adth walaupun tidak dianggap sebagai metode utama penyelesaian dikalangan jumhur. Kajian ini juga bermatlamat mengeluarkan beberapa topik penting yang didapati disepanjang perbincangan Mukhtalaf al-adth dalam karya Al ifat alat al-Nab s.a.w. Kajian dirangka berdasarkan rekabentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui kaedah pengumpulan data secara tekstual yang dilakukan terhadap kitab Al ifat alat al-Nab s.a.w. Setelah itu, analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah atau pendekatan deskriptif bagi mengenalpasti metode penyelesaian Mukhtalaf al-adth yang dilalui al-Alb. Skop kajian adalah terhadap adth-adth yang mengandungi unsur pertentangan antara satu sama lainnya. Hasil analisis mendapati terdapat 16 perbahasan metode al-jam, 5 naskh, dan 7 tarj, yang melibatkan aplikasi-aplikasi penyelesaian seperti pendekatan kontekstual, korelatif, takwil, kaedah usul fiqh, dan penelitian kepada sanad atau matan hadith. Kesemua metode ini diulas secara terperinci dengan dibawakan sokongan dan kritikan ahli ilmu terhadapnya. Kajian juga membahaskan beberapa faedah utama berkaitan Mukhtalaf al-adth seperti konsep Tanawwuc al-Ibdah, pengaruh Fiqh al-adth kepada al-Alb dalam penyelesaian Mukhtalaf al-adth, dan kecenderungan tarjit al-Alb kepada madhhab fiqh yang utama. Kajian ini diharapkan dapat memurnikan tatacara solat seorang muslim dari kesalahan dan unsur bidah kesan dari ikhtilf al-adth yang berlaku, merungkaikan perselisihan yang menjadi polemik di kalangan masyarakat dalam masalah solat, meningkatkan kesedaran terhadap peranan fiqh hadith dalam menyelesaikan ikhtilf al-adth, serta memperkenalkan karya Al sifat salat al-Nabi s.a.w kepada masyarakat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 196 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119194+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 2.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.