Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458187
Title: Pemahaman hadis dalam gerakan dakwah di Malaysia: kajian terhadap Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Authors: Muhammad Haikal Mohd Hedzir (P85248)
Supervisor: Muhammad Arif Yahya, Dr.
Keywords: Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Hadis
Dakwah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  12
Description: Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan antara gerakan dakwah yang membawa Islam sebagai tunjang utama perjuangan mereka. Kedua-dua gerakan dakwah ini meletakkan sumber hadis siyasah sebagai dalil dalam menggerakkan objektif dan dasar perjuangan dakwah mereka. Namun begitu, masih terdapat beberapa isu yang berbeza antara kedua-dua gerakan ini terutamanya dalam iaitu isu umat Melayu Islam dan masyarakat majmuk di Malaysia, isu interaksi dengan bukan Islam dalam masyarakat majmuk serta isu politik dan tatakelola kerajaan. Perbezaan ini juga memberi implikasi terhadap pemahaman hadis siyasah dan pelaksanaan al-manhaj al-haraki dalam kedua-dua gerakan dakwah. Justeru, kajian ini dilakukan bagi menilai dan menganalisis hadis-hadis siyasah dan pemahamannya oleh kedua-dua gerakan ini serta menilai al-manhaj al-haraki yang dibawa oleh IKRAM dan ISMA dalam menghadapi isu-isu politik semasa di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melakukan temubual berstruktur dengan pimpinan gerakan dakwah untuk mendapatkan maklumat mengenai pemahaman hadis siyasah oleh mereka serta menganalisis al-manhaj al-haraki yang dipegang. Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman hadis siyasah dalam IKRAM dan ISMA berkaitan isu-isu politik di Malaysia ini memiliki kaitan dengan bacaan politik yang berbeza dalam masyarakat majmuk di negara ini. Perbezaan ini disebabkan pelaksanaan al-manhaj al-haraki dan ijtihad yang berbeza terhadap sesuatu isu dan pembawaan hujah dalil yang tersendiri dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Penggunaan hadis siyasah yang dikemukakan dalam kedua-dua gerakan dakwah ini adalah dengan pemahaman yang bersesuaian sepertimana yang dikemukakan oleh ulama hadis di dalam kitab-kitab syarah yang berkaitan. Perbezaannya adalah dalam memilih dan mengkategorikan sesuatu dalil ketika membincangkan isu-isu berkaitan pendekatan terhadap golongan bukan muslim yang disifatkan sebagai ancaman atau peluang penyebaran dakwah selain isu politik dan tatakelola kerajaan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 144
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458187
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119190+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.