Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458176
Title: Penggunaan terapi ozon dalam rawatan perubatan dan kecantikan menurut perspektif Islam
Authors: Farahatun Nabilah Mat Isa (P78826)
Supervisor: Mohd Hafiz Safiai, Dr.
Keywords: Rawatan perubatan
Kecantikan
Terapi ozon
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  8
Description: Kepelbagaian kaedah rawatan alternatif dalam perubatan dan kecantikan masa kini yang dianggap unik dan luar biasa menjadikan masyarakat tertarik untuk mencubanya. Namun begitu, terdapat beberapa jenis rawatan yang tidak dapat menjamin sepenuhnya keberkesanan kaedah tersebut dalam menyembuhkan penyakit individu, antaranya rawatan terapi ozon. Berikutan sifat asal ozon yang bertoksik menyebabkan sebahagian pengamal perubatan memberi persepsi negatif mengenai keberkesanan dan kesan sampingan penggunaan gas ini dalam apa jua rawatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejarah penggunaan ozon sebagai terapi dalam perubatan dan kecantikan, di samping mengenal pasti kaedah dan kesan penggunaannya terhadap manusia. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui status dan kedudukan rawatan terapi ozon menurut perspektif Islam. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan kajian kes menerusi pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati penggunaan terapi ozon berpotensi memulihkan beberapa penyakit yang sukar diubati, namun keburukan daripada terapi ini kepada pengguna juga lebih besar berbanding manfaatnya. Oleh itu, penggunaan terapi ozon dalam perubatan dan kecantikan adalah tertakluk kepada hukum tertentu berdasarkan kepada keadaan dan keperluan mendesak pesakit. Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang terapi ozon dan kesan penggunaannya kepada tubuh manusia, di samping dapat memastikan masyarakat lebih berwaspada dalam mengenal pasti rawatan alternatif yang boleh diamalkan, sekali gus menjamin keselamatan pengguna untuk tujuan perubatan dan kecantikan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 102
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119171+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.