Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458173
Title: Kepengkaryaan dan Tasawur Islam Najīb Al-Kīlānī dalam Adhrā’Jakarta
Authors: Zakiyatul Mahmudah (P87878)
Supervisor: Zulkarnain Mohamed, Dr.
Keywords: Najīb al-Kīlānī
Novel Adhrā’ Jakarta
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2019
Description: Najīb al-Kīlānī (1931-1995) merupakan sasterawan Muslim Mesir yang Berjaya mengetengahkan isu umat Islam Nusantara melalui novelnya, Adhrā’Jakarta. Isu umat Islam menentang komunisme merupakan isu utama dalam novel ini. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kepengkaryaan Najīb al-Kīlānī dalam novel Adhrā’Jakarta. Kajian ini bersifat kualitatif berserta reka bentuk analisis kandungan. Novel Adhrā’ Jakarta dipilih sebagai fokus penelitian dan data dalamnya dikumpulkan untuk kajian ini. Analisis data kajian ini bersifat deskriptif dengan menggunakan Teori Takmilah. Kajian ini mendapati bahawa kepengkaryaan al-Kīlānī dalam menjalinkan karyanya, dirinya sebagai penulis dan khalayak adalah selaras dengan kesyumulan konsep kesusasteraan Islam melalui Teori Takmilah. Sebagai penulis yang sangat beriltizam dengan tasawur Islam, Al-Kīlānī berupaya menyajikan penceritaan Islam yang mampu dalam menyampaikan mesej yang berkesan tentang kebaikan dan kebenaran kepada khalayak. Pada asasnya, tasawur Islam yang al-Kīlānī gariskan dalam Adhrā’ Jakarta mencakupi empat prinsip Takmilah, iaitu Tuhan yang Kamal, Nabi sebagai Manusia Kamil, Islam sebagai Agama Paling Lengkap, dan Ilmu dan Sastera sebagai Komponen yang Saling Melengkapi. Kajian ini mempunyai implikasi kepada para pengkarya, penulis, sasterawan dan pelajar dalam mengaplikasi teori kesusasteraan Islam terhadap karya yang mempunyai ciri keislaman. Selain itu, adalah diharapkan juga bahawa kajian ini berguna sebagai sebahagian rujukan melewati rantau Arab dan Nusantara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 191
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119168+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.