Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458166
Title: Perkembangan penulisan hadis di Nusantara dan peranannya terhadap pengajian hadis di Malaysia
Authors: Siti Zahidah Kosran (P83668 )
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hadith -- Study and teaching
Hadith -- Study and Teaching -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-May-2019
Description: Perkembangan penulisan hadis tidak berkembang pesat ketika awal kemasukan Islam ke Nusantara. Tiada penghasilan karya-karya khusus yang membahaskan tentang hadis. Para ulama lebih berfokus dalam bidang ilmu tauhid, fikah dan tasawuf. Pada kurun ke-11H/17M, telah ditemui penulisan karya-karya yang membincangkan hadis secara khusus sehingga membawa kepada kemunculan tema hadis yang tersendiri. Hakikatnya, tema-tema yang digunakan oleh ulama Nusantara telah wujud dan diguna pakai oleh ulama awal Islam. Namun, ia kurang didedahkan kepada masyarakat Islam kerana sedikit kupasannya terperinci yang dilakukan oleh para sarjana masa kini. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah perkembangan tema penulisan hadis sejak kurun 1H/7M. Mengenal pasti karya-karya hadis di Nusantara berserta peranan para ulama yang terlibat. Menganalisis peranan penulisan hadis terhadap pengajian hadis di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah analisis dokumen. Kemudian data-data tersebut dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa muncul pelbagai tema di dalam karya-karya hadis. Ketika awal Islam, bermula dengan ketiadaan tema, kemudian muncul tema fikah, tema targhīb wa tarhīb dan tema asas agama. Pengaruh tema ini sampai ke Nusantara bahkan semakin berkembang. Muncul tema targhīb wa tarhīb, asas agama dan masalah khusus. Kajian ini mempunyai kepentingan kepada masyarakat khususnya para sarjana di mana ia menunjukkan tentang hubung kait dan hubung-lintang antara penulisan hadis di kurun awal Islam dengan kurun mutakhir. Ia sekali gus menggambarkan tentang perjalanan Islam yang rentas benua sedari awal kebangkitan Rasulullah SAW.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 133
Call Number: BP135.S99 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117303+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
82.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.