Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458165
Title: | Penghayatan agama Islam dalam kalangan masyarakat Bajau Darat di Kampung Penimbawan Tuaran, Sabah |
Authors: | Qurratu Ain Rapihi (P81837) |
Supervisor: | Zaizul Ab Rahman, Dr. |
Keywords: | Islam -- Religious life -- Sabah Islam -- Customs and practices Islam -- Malaysia -- 21st century Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Oct-2018 |
Description: | Kesedaran beragama Islam dalam masyarakat suku etnik Bajau telah mendahului suku-suku peribumi lain di kawasan pedalaman Sabah yang ketika itu masih lagi belum beragama. Namun, tahap kesedaran dan penghayatan terhadap nilai agama Islam dari segi amalannya dalam kalangan masyarakat suku etnik Bajau adalah pelbagai dan berbeza-beza. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman akidah dalam kalangan masyarakat Bajau di Kampung Penimbawan Tuaran. Selain itu, kajian ini juga berobjektif untuk mengenalpasti pengaruh faktor ibadat terhadap faktor akhlak dalam kalangan masyarakat Islam Bajau di Kampung Penimbawan Tuaran, Sabah. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan analisis deskriptif demografi dan akidah serta analisis inferensi korelasi (r) antara pengaruh faktor ibadah terhadap faktor akhlak dalam kalangan masyarakat Islam di kampung tersebut. Setelah itu, kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 23.0. Instrumen soal selidik digunakan terhadap 105 orang penduduk Bajau di kampung Penimbawan Tuaran, Sabah. Temu bual juga dilakukan sebagai sokongan kepada dapatan hasil kajian. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan antara faktor penghayatan terhadap ibadah iaitu dengan peratusan 69.5% dengan kekerapan sederhana sebanyak 73 daripada 105 responden kepada tahap penghayatan agama Islam dalam mengaplikasikan dengan akhlak mereka dalam kehidupan seharian iaitu dengan peratusan 63.8% kekerapan rendah sebanyak 67 daripada 105 responden. Hasil analisis korelasi juga menunjukkan ( r = .686, k < 0.5 ) dan keputusan analisis regerasi menjelaskan bahawa faktor peranan akhlak yang wujud dalam diri masyarakat Bajau itu berkait rapat dengan tahap penghayatan mereka dalam ibadah selain mempunyai akidah yang benar. Justeru itu, kajian ini akan membantu menyumbangkan maklumat kepada badan-badan dan pihak yang berkaitan untuk mengajak dan mempertingkatkan usaha penghayatan agama Islam dalam kalangan masyarakat Bajau dalam menghayati akidah yang benar disamping faktor pengamalan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian rentetan penghayatan terhadap ibadah.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 124 |
Call Number: | BP174.Q73 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458165 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117302+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 79.53 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.