Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458163
Title: Perbincangan tentang Islam dalam Facebook Warung Atheist
Authors: Siti Hanisah Sabri ( P83425)
Supervisor: Muhamad Faisal Ashaari, Dr.
Keywords: Mass media in religion -- Islamic countries
Mass media -- Religious aspects -- Islam
Atheism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Feb-2019
Description: Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka halangan komunikasi antara manusia secara global. Ia tidak lagi terhad kepada sesebuah kawasan atau pun kepada topik perbincangan yang tertentu, tetapi ia boleh berlaku kepada semua orang dan dalam semua topik termasuklah yang berkaitan dengan agama dan ketuhanan. 'Warung Atheist' merupakan group Facebook yang membincangkan topik yang berkaitan dengan penolakan kepercayaan kepada ketuhanan dan menganggap agama tidak relevan dalam dunia moden. Golongan ateis dalam Facebook ini mengukuhkan penghujahan mereka untuk mempengaruhi orang lain menggunakan metod rasional dan emosi. Justeru, apakah topik yang mendapat tempat dalam group ini dan bagaimanakah perbincangan secara fakta dan emosi itu berlaku. Bagaimakah pula maklum balas dari pengguna terhadap perbincangan itu? Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis topik berkaitan ketuhanan dan Islam yang dibangkitkan dalam group Facebook 'Warung Atheist'. Ia juga mengkaji bentuk serangan terhadap ketuhanan dan Islam yang dilakukan secara fakta dan emosi. Selain itu, kajian ini juga menganalisis reaksi pengguna laman ini terhadap isu-isu ketuhanan dan Islam yang dibangkitkan. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menganalisis kandungan posting dan komen yang dikemukakan dalam laman ini. Sampel kajian yang diambil bermula pada bulan Ogos sehingga November 2017. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan empat topik perbincangan yang sering dibangkitkan oleh pengguna laman ini iaitu; 10% meliputi topik kewujudan tuhan, 16% peranan tuhan dalam kehidupan, 11% hari kebangkitan, syurga dan neraka serta 63% topik berkaitan agama Islam. Kajian mendapati bentuk serangan yang dilakukan dalam group tersebut menggunakan pendekatan rasional dan pendekatan yang menyentuh emosi. Serangan rasional yang menggunakan fakta hanya sebanyak 1% dan 20% dari logik falasi, 11% posting dalam bentuk menghina, 33% menyindir, 11% mempersendakan manakala 24% lagi mempersoalkan. Kebanyakan isu yang diutarakan mendapat banyak komen dari pengguna. Sebanyak 43% pengguna bersetuju dengan posting yang disampaikan, 27% tidak bersetuju manakala 30% lebih kepada berkecuali. Kajian ini mencadangkan agar pihak yang berkaitan mengambil perhatian terhadap keraguan dan hujah yang dikemukakan, seterusnya mengambil tindakan yang bijak untuk menjelaskannya kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, umat Islam juga perlu memupuk kefahaman Islam yang lebih mendalam agar keraguan ini mudah dipatahkan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 153
Call Number: BP185.7.S53 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117300+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
95.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.