Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458160
Title: | Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan program amali solat dalam Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) |
Authors: | Ruhaida Abdullah (P88265) |
Supervisor: | Nurul Ilyana Adnan, Dr. |
Keywords: | Prayer -- Islam Prayers Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Apr-2019 |
Description: | Matlamat utama pendidikan Islam bertujuan untuk meningkatkan mutu ibadah pelajar seiring dengan keseimbangan dari aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan tunjang utama dalam pembentukan peribadi seseorang. Oleh yang demikian, solat merupakan aspek utama yang perlu diambil perhatian dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, pelaksanaan Program Amali Solat dalam Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan di sekolah masih menjadi ukuran. Objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan persepsi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek agama. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap kepentingan dan pelaksanaan Program Amali Solat yang dijalankan di sekolah pelajar seterusnya menganalisis masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan program tersebut. Kajian ini adalah kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan sebagai rekabentuk kajian. Borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 5.0 telah digunakan untuk mengumpul data. Sebanyak 190 borang soal selidik diedarkan kepada responden dalam kalangan pelajar tingkatan dua di tiga buah sekolah dalam daerah Temerloh, Pahang. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22. Hasil kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek agama iaitu berada pada tahap yang tinggi (min=4.10). Kajian ini juga menunjukkan persepsi pelajar terhadap kepentingan dan pelaksanaan program ini berada pada tahap yang tinggi (min=4.46). Namun begitu, dapatan juga meneliti masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Amali Solat ini iaitu berada pada tahap sederhana (min=3.67). Seterusnya kajian ini memberikan beberapa cadangan dan penambahbaikan terhadap kesesuaian program ini agar dapat meningkatkan kualiti Program Amali Solat ini terhadap pelajar.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 117 |
Call Number: | BP184.3.R83 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458160 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117021+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.52 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.