Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458142
Title: Metodologi penulisan hadis dan analisis takhrij dalam tafsir al-Misbah: kajian surah An-Nisa'
Authors: Ahmad Naim Abdul Aziz (P52501)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Dr.
Keywords: Qur'an -- Surat al-Nisa' -- Criticism, interpretation, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Sep-2011
Description: Tafsir al-Mi b merupakan karangan seorang mufassir yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia, bernama M. Quraish Shihab. Kitab ini telah ditulis menggunakan bahasa Indonesia, yang melengkapi tafsiran 30 juzuk al-Quran dengan jumlahkeseluruhan naskhahnya sebanyak 15 jilid. Berdasarkan penelitian awal yang dijalankan, pengkaji mendapati hadis-hadis yang dinyatakan oleh M. Quraish Shihab dalam tafsiran surah al-Nis' mengandungi beberapa permasalahan merangkumi sanad, matan, sumber, dan taraf hadis. Sanad hadis dinyatakan melalui seorang perawi sahaja dan kadang-kala tidak dinyatakan. Kebanyakan matan hadis pula berdasarkan terjemahan dalam bahasa Indonesia sama ada secara keseluruhan, ringkas, mahupun mafhumnya. Manakala dari segi kekerapan pernyataan sumber hadis adalah tidak menentu, dan majoriti hadis tidak dinyatakan hukumnya. Justeru, kajian ini dijalankan antaranya untuk mengenali M. Quraish Shihab dan Tafsir al-Mi b, mengenalpasti metodologi beliau dalam penulisan hadis, dan mentakhrj hadis-hadis tersebut dengan rangkaian sanad dan matan yang sempurna dalam bahasa Arab, serta menyatakan hukumnya. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen. Maklumat kajian diperolehi melalui pembacaan dan penganalisaan terhadap hadis-hadis yang telah dikenalpasti, dengan merujuk sama ada kitab hadis mahupun kitab lain yang berkaitan. Kajian juga menggunakan bantuan cakera padat yang mempunyai perisian hadis. Hasil kajian mendapati M. Quraish Shihab menggunakan metodologi penulisan hadis yang pelbagai. Manakala bagi 50 buah hadis yang telah ditakhrj menunjukkan majoritinya bersumberkan daripada kitabkitab hadis, dengan hukumnya terdiri daripada 37 a (74%), 4 asan (8%), 1 asan li ghayrih (2%), 5 acf (10%), dan 3 acf ji ddan (6%).,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 184
Call Number: BP128.23.A56 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114920+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
840 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.