Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458132
Title: Implikasi ketaksahtarafan: kajian menurut undang-undang islam dan undang-undang sivil di Malaysia
Authors: Ahmad Sabri Ibrahim (P33823)
Supervisor: Wafaa' Yusof
Keywords: Illegitimacy (Islamic law) -- Malaysia
Illegitimate children -- Legal status, laws, etc. -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Dec-2011
Description: Kehidupan hari ini berdepan dengan pelbagai ragam masyarakat. Sistem kemasyarakatan yang rapuh sudah pasti tidak dapat menjamin kelangsungan kehidupan manusia. Dalam usaha mewujudkan sistem masyarakat yang lebih ampuh, satu kajian khusus dijalankan terhadap anak tak sahtaraf bagi merungkai beberapa permasalahan yang dialami oleh mereka selaku sebahagian entiti dalam masyarakat. Kajian ini melihat dari sudut perundangan bagi mengkaji kedudukan anak tak sahtaraf dengan melihat implikasi hak antara anak tak sahtaraf yang muslim dan yang bukan muslim terhadap pensabitan nasab, hak tuntutan nafkah dan penjagaan. Ini kerana undang-undang yang diguna pakai kepada kedua-dua golongan ini adalah berbeza di mana orang yang bukan Islam menggunakan Undang-undang Sivil manakala orang Islam pula menggunakan Undang-undang Islam. Akibat ketidaksamaan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap keputusan mahkamah dalam menentukan hak anak tak sahtaraf antara yang Islam dan bukan Islam. Pengkaji cuba untuk merapatkan jurang perbezaan ini dengan beberapa cadangan penambahbaikan bagi menjamin kesaksamaan hak yang sepatutnya kedua-duanya golongan ini dapat selaku rakyat Malaysia yang sama. Kajian ini melibatkan kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah bagi memberikan gambaran yang jelas antara kedua-dua situasi yang berlaku. Melalui kaedah analisis kandungan, setiap keskes tersebut dianalisis secara mendalam di samping membuat beberapa kesimpulan daripada kes-kes tersebut. Selain itu, kajian perpustakaan juga dijalankan bagi melihat pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh perundangan, para ulama serta pemimpin masyarakat bagi menyokong hasil kajian ini. Dalam kajian yang dijalankan ini, penulis dapati wujudnya beberapa perbezaan hak antara anak tak sahtaraf yang muslim dan bukan muslim. Jurang hak kesamarataan ini perlu dirapatkan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian sistem masyarakat kita hari ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 133
Call Number: BP158.I4A37 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114841+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.