Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458127
Title: Interaksi antara Islam dan Buddha di Patani dan impaknya terhadap pembentukan sikap toleransi beragama
Authors: Mutsalim Khareng (P50602)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Islam -- Relations -- Buddhism
Religious tolerance -- Islam
Religions -- Relations
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Nov-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman tentang agama, amalan agama dan orientasi akhlak, sikap toleransi beragama dan kefahaman tentang toleransi beragama di kalangan pelajar dua buah universiti iaitu Prince of Songkhla University Pattani Campus dan Prince of Songkhla University Hadyai Campus. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman agama dengan sikap toleransi beragama dan hubungan antara tahap pengamalan agama dan orientasi akhlak dengan sikap toleransi beragama. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini iaitu kualitatif dan kuantitatif. Manakala instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Kajian ini dijalankan ke atas responden seramai 200 orang pelajar, terdiri dari pelajar yang beragama Islam 100 orang dan selebihnya pula adalah pelajar yang beragama Buddha seramai 100 orang. Analisis data secara deskriptif dan inferensi korelasi Pearson dilakukan dengan perisian SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman agama, amalan agama dan orientasi akhlak, sikap terhadap toleransi beragama dan kefahaman tentang toleransi beragama secara keseluruhan berada pada tahap yang baik. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman agama dengan sikap toleransi beragama dan hubungan yang signifikan antara tahap amalan agama dan orientasi akhlak dengan sikap toleransi beragama.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 121
Call Number: BP173.B9M847 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114740+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.