Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458099
Title: | Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa arab pelajar pengurusan pelancongan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin |
Authors: | Noli Kasim (P50520) |
Supervisor: | Zamri Arifin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Arabic language -- Study and teaching -- Foreign speaker Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Jan-2012 |
Description: | Keperluan mempelajari dan menguasai bahasa Arab khususnya untuk perkhidmatan pelancongan di Malaysia kian meningkat disebabkan oleh kehadiran ramai pelancong dari Timur Tengah sejak kebelakangan ini. Faktor ini mendorong Institut Pengajian Tinggi di Malaysia seperti politeknik menawarkan kursus Bahasa Arab sebagai kursus tambahan bahasa asing yang perlu diikuti demi memenuhi keperluan sektor pelancongan di Malaysia. Sehubungan itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dari segi pedagoginya perlu diberi perhatian agar ianya sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kursus Bahasa Arab dari aspek pendekatan dan teknik pengajaran, kaedah pembelajaran, bahan pengajaran dan penilaian pengajaran. Metodologi kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Untuk tujuan ini sebanyak 56 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, yang telah mengikuti ketiga-tiga Kursus Bahasa Arab dijadikan responden kajian. Data kajian dikumpul melalui satu set soal selidik terdiri dari 2 bahagian sebagai instrumen utama kajian. Statistik deskriptif digunakan untuk mempersembahkan data dengan menggunakan taburan frekuensi, peratusan dan min. Perisian SPSS version 18 digunakan sebagai alat untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati Pendekatan Komunikatif mendominasi pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, selain Pendekatan Induktif, Pedekatan Eklektik dan Pendekatan Deduktif. Penggunaan Kaedah Terjemahan mencatat skor min tertinggi disusuli Kaedah Audio- Lingual dan Kaedah Natural Ajuk Hafal. Kajian mendapati pensyarah kerap menggunakan teknik pengajaran berpusatkan pelajar dengan tugasan berkumpulan mencatat skor min tertinggi iaitu 4.68, diikuti perbualan 4.59 dan perbincangan 4.41. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran di tahap sederhana. Kajian juga mendapati pensyarah melaksanakan format penilaian yang telah ditetapkan dalam kurikulum Kursus Bahasa Arab. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati pensyarah semestinya mengoptimumkan penggunaan bahan pengajaran yang pelbagai bersesuaian dengan pemilihan pendekatan dan teknik pengajaran serta kaedah pembelajaran. Kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab akan dapat dipertingkatkan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 150 |
Call Number: | PJ6066.N638 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114586+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 20.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.