Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458096
Title: Pemikiran Muhammad Quraish Shihab terhadap permasalahan wanita
Authors: Ahmad Zulhanuddin (P42668)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Women in Islam
Muslim women -- Conduct of life
Women -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Aug-2012
Description: Munculnya Quraish Shihab sebagai mufassir kontemporari di Nusantara pada masa ini, telah menambah lagi koleksi kitab tafsir bahasa Melayu Indonesia. Tidak hanya setakat menghuraikan maksud dari suatu ayat, tetapi pelbagai tinjauan dibuat oleh Quraish Shihab, mula dari menterjemahkan ayat sehingga kepada masalah semasa seperti sosial, ekonomi, politik dan wanita. Kajian ini bertujuan menganalisis pemikiran Quraish Shihab dalam tafsir al-Mishbah dan karyanya yang lain membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan wanita seperti wanita dan kerjaya, wanita sebagai ketua negara, penglibatan wanita dalam nyanyian, wanita dan sukan serta wanita dan jilbab. Metode kajian ini kualitatif dengan rekabentuk analisis dokumen. Data dihimpun menerusi metode dokumentasi dan historis. Data dianalisis dengan metod deduktif, analisis kritis dan komperatif. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran Quraish Shihab tentang isu wanita dan kerjaya, wanita dan sukan serta penglibatan wanita dalam nyanyian adalah pemikiran pertengahan (wasatiyyah). Adapun pendirian Quraish Shihab terhadap masalah wanita sebagai ketua negara, beliau cenderung membolehkan wanita memegang jawatan tersebut dan manakala dalam isu wanita dan jilbab, beliau berpandangan bahawa memakai jilbab bukan perkara yang wajib tetapi ia hanya sebagai kehati-hatian (ihtiyati) supaya tidak terjatuh dalam fitnah. Kajian ini amat memberi manfaat kepada umat Islam kerana ia memberikan penerangan yang jelas tentang pemikiran Quraish Shihab yang berkaitan isu-isu wanita seperti yang disebutkan di atas untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam kehidupan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 114
Call Number: HQ1170.A37 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458096
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114519+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.