Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458090
Title: | Penggunaan wazn af'ala dan fa'ala daripada judhur kalimah yang sama dalam Al-Quran: analisis aspek dilalah sarfiyyah dan i'jaz bayani |
Authors: | Badrul Hisyam Mohd Yasin (P53124) |
Supervisor: | Md. Nor Abdullah |
Keywords: | Qur'an -- Evidences, authority, etc Qur'an -- Language, style Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-May-2012 |
Description: | Kajian ini adalah usaha untuk merungkaikan keunikan pemilihan kata kerja wazn afcala dan faccala daripada judhur yang sama yang terdapat dalam al-Quran dari aspek makna dan balaghah. Demi merealisasikan usaha ini, kajian disasarkan untuk mengenal pasti dan membanding beza makna wazn bagi kata kerja tersebut menurut pandangan ilmu bahasa Arab dan penggunaan al-Quran. Seterusnya, meneliti icjaz pemilihan dan penggunaan kata kerja tersebut dalam al-Quran. Lantaran itu, satu kajian kepustakaan dengan analisis data secara deskriptif dan komperatif dilaksanakan. Sebanyak 78 kata kerja wazn afcala dan faccala yang berasal daripada 39 kata kerja tunggal yang terdapat dalam al-Quran telah dipilih sebagai subjek kajian. Data-data yang telah dikumpul dianalisis bertunjangkan disiplin ilmu al-sarf dan alicjaz al-bayani. Dapatan kajian dari aspek dilalah sarfiyyah menunjukkan wujud mushtarak lafzi yang terhasil daripada subjek kajian. Manakala makna yang paling banyak terhasil daripada subjek kajian ialah al-jacl. Subjek kajian telah membentuk makna al-jacl, al-takthir wa al-muba laghah, sinonim dengan kata kerja tunggal, makna baru, al-dukhul fi shay', al-dukhul fi al-zama n, al-ictiqa d, al-ikhtisa r, alsayrurah, al-tacrid dan al-duca '. Sebanyak lima persamaan makna di antara wazn afcala dan faccala dikenal pasti, iaitu al-jacl, sinonim dengan kata kerja tunggal, makna baru, al-dukhul fi al-zaman dan al-ictiqad. Manakala dari aspek icja z bayani mendapati icjaz pemilihan dan penggunaan subjek kajian dalam al-Quran adalah berasaskan kepada ketepatan makna subjek kajian dengan motif al-Quran dan keindahan wazn kata kerja tersebut dari aspek fasahah dan balaghah. Ia hanya terserlah apabila diperhati alokasinya dalam nazm al-Quran. Selain itu, dapatan analisis juga menunjukkan tiada al-tara duf al-tam di antara wazn tersebut.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 161 |
Call Number: | PJ6696.B335 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114510+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 973.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.