Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458089
Title: | Keprihatinan masyarakat islam terhadap makanan halal di negara Brunei Darussalam |
Authors: | Mohammad Muslihuddin Syah Mustafa (P53196) |
Supervisor: | Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr. |
Keywords: | Muslims -- Dietary laws Halal food -- Brunei Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jul-2012 |
Description: | Persoalan halal haramnya sesuatu makanan itu adalah sama pentingnya seperti perkara-perkara dan masalah-masalah keagamaan yang lain. Walau bagaimanapun, masih ada lagi sebahagian daripada masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam yang kurang peka dan prihatin terhadap isu makanan halal ini. Senario ini boleh menjejaskan nama baik negara yang terkenal dengan falsafah MIB dan konsep Negara Zikir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep makanan halal dalam Islam, mengkaji pentadbiran makanan halal di Negara Brunei Darussalam dan mengenal pasti keprihatinan masyarakat Islam terhadap makanan halal di Negara Brunei Darussalam. Kaedah tinjauan telah digunakan sebagai metod kajian. 380 responden dari bangsa melayu yang beragama Islam di daerah Brunei dan Muara telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan soal selidik. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS Windows 16.0. Kajian mendapati agama Islam mengarahkan supaya manusia memakan makanan yang halal dan baik yang telah disediakan oleh Allah SWT di darat mahupun di laut. Sesuatu yang boleh dimakan itu adalah halal selama mana tidak terdapat nas-nas yang membuktikan pengharamannya. Di samping, makanan halal ini terbukti mempunyai kelebihan dan keberkatannya yang tersendiri. Begitu juga sebaliknya. Kajian juga mendapati pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berusaha sebaik mungkin dalam menjaga kehalalan makanan di negara ini. Industri makanan halal semakin berkembang maju dengan penguatkuasaan Akta Daging Halal 1998, Akta Kesihatan Awam (Makanan) 1998 serta Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 dan perlaksanaan projek Jenama Brunei Halal. Akhir sekali, kajian mendapati secara keseluruhan keprihatinan masyarakat Islam terhadap makanan halal di Negara Brunei Darussalam adalah pada tahap yang tinggi, namun masih ada beberapa sudut yang perlu diperbaiki dan diberi penekanan. Apabila segala usaha dan pendekatan dipertingkatkan, sudah tentu masyarakat akan lebih faham berkaitan dengan konsep makanan halal dan seterusnya akan menambah keprihatinan, kepekaan serta keyakinan dalam kalangan masyarakat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 122 |
Call Number: | BP184.9.D5M846 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114475+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.