Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458085
Title: | Program Pelan Pembangunan Kepimpinan Muda Islam (KEMUDA) sahabat YADIM kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia |
Authors: | Airna Azzeta Abdullah (P73400) |
Supervisor: | Fariza Md. Sham, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Youth -- Religious aspects -- Islam Youth -- Conduct of life Youth -- Social aspects -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Apr-2018 |
Description: | Mahasiswa adalah pewaris pimpinan pada masa hadapan. YADIM telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Kepimpinan Muda Islam (KEMUDA) menerusi modul dakwah dan kepimpinan Islam untuk mahasiswa di IPTA/ IPTS dalam dan luar negara. Ekoran pelbagai isu yang dihadapi seperti ancaman keselamatan yang turut menggugat kestabilan dan mempengaruhi generasi muda. Kesannya menjadikan pemikiran dan tindakan mahasiswa tiada pemantauan dan melanggar peraturan universiti.Sahabat YADIM telah diamanahkan untuk berdakwah melalui program KEMUDA yang diperkenalkan bagi tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2013 hingga 2017. Ia bertujuan untuk melahirkan barisan kepimpinan mahasiswa yang beridealisma Islam pada masa hadapan.Oleh itu ,kajian ini bertujuan untuk mengkaji Program Pelan Pembangunan Kepimpinan Muda Islam (KEMUDA) Sahabat YADIM kepada Mahasiswa UKM. Perbincangan kajian ini meliputi bentuk aktiviti, pendekatan dakwah, keberkesanan dakwah serta permasalahan mahasiswa untuk mengikuti program.Rekabentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Sejumlah147 orang mahasiswa dari pelbagai fakulti dan jabatan terdiri dari ahli Sahabat YADIM UKM dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Pengumpulan data adalah melalui instrumen borang soal selidik yang diproses dalam perisian computer Statistical Package for Social Science (SPSS)22.0. Kajian ini adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati purata nilai min item bagi pemahaman responden berkaitan bentuk aktiviti KEMUDA adalah min=4.24. Manakala pemahaman responden berkaitan pendekatan dakwah YADIM adalah min=4.24. Keberkesanan dakwah YADIM memperlihatkan nilai min adalah =4.36.Manakala permasalahan responden untuk mengikuti program adalah =3.77. Faktor kemanusiaan menunjukkan persetujuan yang tinggi iaitu mahasiswa menghargai pengorbanan ibubapa dan pemimpin Negara dengan min=4.36. Hasil kajian ini mendapati YADIM dapat merealisasikan usaha dakwah kontemporari kepada generasi muda dengan bijak dan berhikmah.YADIM berjaya menyuntik minat pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, memberi dorongan semangat dan menghargai segala kemudahan pengajian yang disediakan oleh kerajaan. Pihak pengurusan IPTA/IPTS disarankan mengadakan kerjasama erat bersama YADIM, agensi keselamatan, awam dan swasta demi kecemerlangan mahasiswa. Sahabat YADIM disarankan membuat kajian semula terhadap modul dan tahap pencapaian pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 141 |
Call Number: | HQ799.5.A38 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114199+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.