Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458079
Title: Maqasid al-shariah dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan
Authors: Wan Muhammad Naif Mohd Nordin (P67542)
Supervisor: Ahmad Dahlan Salleh, Dr.
Keywords: Public law (Islamic law) -- Kelantan
Islamic law -- Interpretation and construction -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Sep-2018
Description: Perbahasan berkenaan maqasid al-shariah dan siyasah shariyyah telah lama dibahaskan oleh para ulama silam dan terkemudian kerana kedua-dua konsep adalah saling berkaitan terutamanya dalam pentadbiran pemerintahan Islam. Kelantan merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai dasar utama, namun tiada kajian khusus yang dilakukan berkenaan usaha serta tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memenuhi maqasid al-shariah dalam pentadbiran. Objektif kajian adalah untuk memahami konsep maqasid al-shariah dan hubungannya dengan siyasah shariyyah. Kajian juga bertujuan untuk mengkaji pentadbiran serta program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan iaitu pentadbiran, program kebajikan, program pembasmian maksiat dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam bagi memenuhi dasar Membangun Bersama Islam dan menganalisis keselarasannya maqasid al-shariah. Metodologi ialah merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual separa struktur dilakukan bersama Menteri Besar Kelantan. Data-data yang terkumpul dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati dalam sesebuah pentadbiran pemerintahan Islam hubungan maqasid al-shariah dan siyasah sharciyyah adalah penting untuk membezakan antara siyasah shariyyah dan siyasah zalimah. Hasil kajian juga mendapati dasar Islam yang diamalkan oleh Kelantan adalah bertepatan dengan maqasid al-shariah secara umumnya. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pentadbiran yang dijalankan adalah bertepatan dengan maqasid al-shariah secara umumnya, namun dalam soal pelaksanaan undang-undang jenayah syariah pelaksanaannya dalam masyarakat masih belum menepati maqasid al-shariah. Justeru, kajian mencadangkan agar dilakukan penelitian secara terperinci khususnya dari sudut aspek implementasi dengan tujuan memenuhi kehendak syarak.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 208
Call Number: BP158.P79W57 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114193+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.