Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458068
Title: Pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja perempuan di IOI Mall, Putrajaya
Authors: Almu Jahidah Abu Bakar (P78343)
Supervisor: A'dawiyah Ismail, Dr.
Keywords: Adolescence -- Putrajaya
Social media -- Korea (South)
Popular culture -- Korea (South)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Oct-2018
Description: Perkembangan dunia tanpa sempadan memberi kesan terhadap tingkah laku remaja. Hal ini kerana, tingkah laku yang berlawanan dengan nilai ajaran Islam telah mula meresap dalam pemikiran remaja di Malaysia. Hallyu merupakan antara isu yang dihadapi oleh masyarakat Muslim Malaysia. Fenomena ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap tingkah laku dalam kalangan remaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan remaja perempuan Muslim mengenai hallyu, mengkaji pengaruh hallyu (Gelombang Korea) dalam kalangan remaja perempuan dan menganalisis implikasi pengaruh hallyu (Gelombang Korea) terhadap tingkah remaja perempuan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan (survey research) dan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 300 orang sampel dalam kalangan remaja perempuan beragama Islam yang mengunjungi IOI Mall, Putrajaya dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini mendapati remaja perempuan mendapat maklumat dengan pelbagai cara berkaitan hallyu melalui media massa kini iaitu pada tahap rendah dengan mencatatkan skor min 2.00 ke atas pada kesemua item. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja perempuan berada pada tahap rendah dengan mencatat tahap min= 1.67. Justeru, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara bentuk tingkah laku remaja dan pengaruh hallyu. Kajian ini memberi sumbangan khususnya dari segi penambahan terhadap ilmu psikologi remaja daripada perspektif dakwah. Kajian ini turut memberi implikasi kepada pihak yang berkaitan sebagai cara untuk mengenal pasti bentuk, faktor dan cara menangani tingkah laku remaja masa kini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 146
Call Number: BF724.A56 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113562+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.