Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458067
Title: Kedudukan hadis dalam buku “Doa-Doa Mustajab Harian Yang Dipetik Daripada Hadis dan al-Quran”
Authors: Nor Bazila Shafie (P78756)
Supervisor: Mohd Arif Nazri, Dr.
Keywords: Hadith -- Authorities
Islam -- Prayers and devotions
Islamic meditations
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Oct-2018
Description: Keabsahan sesuatu hadis itu sangat penting sebelum disampaikan dan diamalkan oleh masyarakat kerana penyelewengan terhadap hadis memberi kesan pada akidah umat Islam khususnya. Kajian ini membincangkan mengenai Kedudukan Hadis Dalam “Buku Doa-Doa Mustajab Harian Yang Dipetik Daripada Hadis Dan Al-Quran” dalam majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam Kelantan cetakan tahun 1991, merupakan cetakan Watan Sdn Bhd yang diedarkan secara percuma. Namun, hadis yang dijadikan doa dalam buku ini tidak dinyatakan sumber serta hukum hadis tersebut. Maka, Kajian ini merupakan salah satu usaha untuk mengkaji kedudukan hadis tersebut melalui takhrij hadis serta bertujuan bagi mencadangkan penambahbaikan buku tersebut yang menjadi rujukan dan pengamalan kepada masyarakat. Takhrij merupakan satu kaedah dan kajian yang penting dalam ilmu hadis dan menjadi satu metodologi para ulama hadis dalam menentukan kedudukan sesebuah hadis yang dikeluarkan untuk mengetahui sumber dan status hadis sama ada maqbulataupun mardud. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan menganalisis setiap hadis dengan merujuk kepada kitab-kitab asal untuk mendapatkan sumber dan status yang benar dan tepat. Hasil kajian ini mendapati, sebanyak 101 hadis dalam buku tersebut tanpa dinyatakan sumber dan status. Terdapat 38 hadis yang terdiri daripada 19 hadis daripada Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dan 19 hadis sahih selainnya. Adapun, 14 hadis bertaraf hasan. Manakala, 43 hadis dacif hadis dacif Jiddan dan 2 bukan daripada hadis iaitu nukilan daripada potongan ayat al-Quran dan hikayat . Keseluruhan kajian ini, mendapati sebanyak 51% hadis yang maqbl dan 47% yang berkedudukan mardud dan 2% bukan berkenaan. Kajian ini turut mendatangkan alternatif hadis maqbul bagi menggantikan hadis mardd. Implikasi daripada kajian ini, pengkaji mengharapkan agar penerbit karya dapat mengeluarkan buku doa-doa daripada hadis yang disertakan sumber dan status pada masa akan datang, supaya masyarakat dapat mengamalkan doa bersumberkan buku yang berautoriti.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 257
Call Number: BP136.47.N35 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113561+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.