Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458053
Title: | Teknik kaunseling pemulihan guru bimbingan dan kaunseling dari perspektif Islam terhadap masalah psikososial pelajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Authors: | Nurul Mahani Ahmad Maulana (P88406) |
Supervisor: | Zainab Ismail, Prof. Dr. |
Keywords: | Child mental health services -- Religious aspects -- Islam Youth -- Mental health services Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-May-2019 |
Description: | Psikososial merupakan suatu keadaan jiwa dan sosial seseorang untuk berinteraksi dengan orang yang berada di sekitarnya. Di sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan individu yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kaunseling pemulihan kepada pelajar yang mengalami masalah psikososial. Walaupun Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan sesi kaunseling pemulihan, masalah psikososial pelajar masih terus berlaku. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang Guru Bimbingan dan Kaunseling, mengklasifikasikan masalah psikososial pelajar di sekolah, mengkategorikan punca masalah psikososial pelajar di sekolah dan menganalisis teknik kaunseling pemulihan yang dipraktikkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar yang mengalami masalah psikososial di sekolah. Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 140 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Muslim dan 140 orang pelajar Muslim yang mengalami masalah psikososial dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di Zon Pudu, Zon Bangsar dan Zon Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai sampel. Mereka dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui instrumen soalselidik dan penganalisisan data dilakukan melalui teknik statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama. Kajian ini juga menunjukkan masalah psikososial yang utama dialami oleh pelajar ialah masalah kerohanian dan stres. Punca berlaku masalah psikososial dalam kalangan pelajar ialah kurangnya keakraban pelajar bersama keluarga dan kurangnya pengaruh aktiviti keagamaan dalam kehidupan mereka. Meskipun begitu, emosi dan tindakan mereka didapati masih terkawal. Dari segi teknik kaunseling pemulihan, kajian ini menunjukkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Muslim melaksanakan pendekatan penyucian jiwa dengan cara memupuk nilai-nilai murni tanpa menggunakan pendekatan tazkiyat al-nafs secara sistematik. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan teknik penerapan nilai-nilai murni dalam kaunseling pemulihan terhadap masalah psikososial pelajar memberi implikasi khususnya dari segi latihan pengembangan berasaskan teknik pemulihan tazkiyat al-nafs.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 124 |
Call Number: | RJ499.N57 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112719+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.