Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457943
Title: Kesan tokotrionel sawit ke atas enzim 11B-hidroksisteroid dehidrogenase jenis 1 pada adiposit mesenterik tikus yang telah menjalani pembedahan adrenalektomi serta menerima rawatan glukokortikoid jangkamasa panjang
Authors: Khairil Azwan bint Malim Jaafar (P56750)
Supervisor: Farihah Haji Suhaimi, Prof. Dr.
Keywords: Tokotrionel sawit
Enzim 11B-hidroksisteroid dehidrogenase
Adiposit mesenterik tikus
Adrenalektomi
Rawatan glukokortikoid
Issue Date: 5-Jul-2013
Description: Minyak Kelapa Sawit adalah sejenis minyak tumbuhan yang boleh dimakan, berasal dari isirung buah kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan ianya kaya dengan tokotrienol. Tokotrienol adalah satu komponen Vitamin E semulajadi yang berupaya mencegah kerosakan sel otak, mencegah kanser dan merendahkan paras kolesterol darah. Kegemukan viseral dikaitkan dengan penyakit diabetes mellitus jenis 2 dan pelbagai lagi gejala sindrom metabolik. Pesakit yang mempunyai kegemukan viseral atau mengalami sindrom metabolik mempunyai gejala yang serupa dengan pesakit yang mengidap sindrom Cushing, dan ini mungkin disebabkan oleh kecelaruan penghasilan atau metabolisme hormon kortisol. Enzim 11β-hidroksisteroid dehidrogenase jenis 1 (11β-HSD1) adalah enzim dwihala yang memangkinkan penukaran kortison yang tidak aktif kepada kortisol yang aktif dan sebaliknya dalam tubuh manusia atau penukaran 11-dehidrokortikosteron kepada kortikosteron dalam tikus. Di dalam tisu adipos tikus, 11β-HSD1 bertindak sebagai enzim reduktase yang memangkin penukaran 11-dehidrokortikosteron kepada kortikosteron untuk proses hipertrofi adiposit. Tindakan dehidrogenase enzim 11β-HSD1 pula memangkin penukaran kortikosteron kepada 11-dehidrokortikosteron untuk proses hiperplasia adiposit. Secara umumnya, apabila tisu adipos bertambah, adiposit mengalami hiperplasia iaitu peningkatan bilangan sel dan diikuti oleh hipertrofi iaitu peningkatan saiz adiposit. Walau bagaimanapun, tidak semua depot adiposit mempunyai kecenderungan yang sama untuk proses hipertrofi dan hiperplasia. Untuk depot mesenterik, adiposit mengalami hiperplasia dan diikuti dengan hipertrofi. Objektif kajian ini adalah (1) mengkaji ekspresi dan aktiviti enzim 11β-HSD1 pada adiposit mesenterik (2) menganalisa perubahan morfologi adiposit mesenterik yang dirawat dengan tokotrienol sawit. Sejumlah 49 tikus Spraque Dawley jantan dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu kumpulan asas (n=7), kumpulan pembedahan sham (n=7) dan lima kumpulan pembedahan adrenalektomi (ADR) (n=35). Setiap kumpulan ADR diberi suntikan Dexamethasone (Dexa) intraotot dengan dos 120 µg/kg dua minggu selepas hari pembedahan dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n=7), asid glisirizik (dos=120mg/kg/hari; n=7), tokotrienol sawit (dos=60mg/kg/hari; n=7), alfa tokoferol (dos=60mg/kg/hari; n=7) dan delta tokotrienol (dos=60mg/kg/hari; n=7). Rawatan-rawatan yang berkenaan diberikan selama enam hari seminggu untuk tempoh lapan minggu melalui cara paksaan oral (selepas dua minggu pembedahan adrenalektomi). Keputusan kajian menunjukkan kecenderungan tokotrienol sawit dan untuk merencat enzim 11β-hidroksisteroid dehidrogenase jenis 1 (11β-HSD1). Tiada perbezaan signifikan pada saiz adiposit mesenterik, ekspresi dan aktiviti enzim 11β-HSD1 dan berat tisu adipos mesenterik kumpulan-kumpulan tikus yang dirawat. Kajian lanjutan perlu dibuat untuk memastikan keputusan kajian ini serta mendalami mekanisme yang terbabit.,Master/Sarjana
Pages: 110
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74670+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.