Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457879
Title: | Rangka kerja pengurusan rawatan sisa pepejal lestari di kawasan rehat dan rawat (R&R) |
Authors: | Nur Izzati Abdul Rahman (P103479) |
Supervisor: | Muhamad Azry Khoiry, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Sisa pepejal lestari Refuse and refuse disposal Recycling (Waste etc.) |
Issue Date: | 18-Jun-2022 |
Description: | Sisa di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Malaysia tidak diuruskan dengan baik serta kesemua sisa berakhir ke tapak pelupusan tanpa proses rawatan. Perancangan untuk mengimplementasikan pengurusan sisa lestari juga masih belum disediakan di kawasan R&R. Oleh yang demikian, matlamat utama kajian ini dijalankan ialah untuk menyediakan rangka kerja pengurusan rawatan sisa pepejal lestari yang boleh diaplikasikan di kawasan R&R. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini terbahagi kepada tiga fasa. Fasa yang pertama merupakan fasa asas penyelidikan iaitu melibatkan pemerhatian awal di lapangan, temu bual dan pengumpulan data sekunder dari kajian lalu. Fasa kedua melibatkan kajian lapangan dan makmal yang bertujuan untuk mengenal pasti data jumlah penjanaan sisa pepejal di kawasan R&R dan menilai pengoperasian dan keberkesanan kaedah pengomposan. Penerimaan pihak berkepentingan terhadap pengurusan sisa pepejal lestari di kawasan R&R pula merupakan fasa ketiga di dalam kajian ini iaitu melalui kajian soal selidik dan data dianalisis menggunakan kaedah Indeks Kepentingan Relatif (RII) dan kaedah triangulasi. Data jumlah penjanaan sisa pepejal diperolehi daripada hasil kajian lapangan di kawasan R&R Seremban (arah utara) adalah sebanyak 930.04 kg/hari yang terdiri daripada sisa makanan dan buah-buahan (57.55%), kotak dan kertas (8.47%), plastik (7.71%), tin dan aluminium (2.75%), sisa taman (12.11%), kaca (0.10%) dan sisa lain-lain (11.38%). Hasil temu bual dijalankan, kriteria reka bentuk seperti saiz, jenis bahan dan sistem yang diperlukan untuk tong kitar semula dan reverse vending machine (RVM) dikenal pasti. Berdasarkan kesesuaian lokasi dan persekitaran, kaedah pengomposan yang dipilih adalah dram berputar, kaedah timbunan berbalik dan kaedah timbunan statik berudara. Timbunan kompos yang dibina adalah berdasarkan kepada data penjanaan sisa taman di kawasan R&R yang mencapai nilai optimum bagi suhu (30-40 °C), kelembapan (50-60%) dan pH (5.5-9.0) di akhir proses pengomposan. Pengiraan potensi biogas telah dijalankan menggunakan data sisa makanan dari kawasan R&R untuk menghasilkan biogas dengan jumlah tenaga sebanyak 182.30 kWj. Keputusan bagi kaedah soal selidik yang dijalankan kepada 610 responden menunjukkan majoriti orang awam, pekerja dan konsesi bersetuju sekiranya rawatan sisa pepejal lestari dijalankan di kawasan R&R dengan nilai purata keutamaan bagi analisis RII menunjukkan kaedah kitar semula (0.8428), kompos (0.6896) dan biogas (0.5882). Nilai keutamaan yang hampir dengan satu menunjukkan kebolehpercayaan kriteria di dalam analisis. Konklusinya, berdasarkan ketiga-tiga fasa kajian yang dijalankan, pembangunan rangka kerja pengurusan rawatan sisa pepejal lestari di kawasan R&R dapat disediakan dengan menggunakan hierarki pengurusan sisa sebagai rujukan untuk bagi mewujudkan sistem yang lebih efektif di kawasan R&R,Sarjana Sains |
Pages: | 155 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_131126+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 631.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.