Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457870
Title: | Pembangunan model penambahbaikan keselamatan kenderaan kategori N1 di dalam negara-negara ASEAN |
Authors: | Mohd Hafiz Johari (P100308) |
Supervisor: | Mohd Radzi Abu Mansor, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Kenderaan Komersial Ringan Keselamatan kenderaan |
Issue Date: | 25-Feb-2022 |
Description: | Kenderaan Komersial Ringan yang juga dikenali sebagai kenderaan kategori N1 sering dilihat di jalan raya di negara-negara Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) seiring dengan perkembangan pesat industri kecil, logistik, penghantaran barang, pelancongan serta industri trak makanan. Secara teknikalnya, kenderaan kategori N1 ini adalah kenderaan barang ringan di bawah muatan maksimum 3.5 tan. Kenderaan N1 direka bentuk bagi memastikan saiz kargonya boleh memuatkan barangan dengan kadar maksimum menyebabkan kabin penumpang terpaksa diletakkan sehadapan mungkin seterusnya menjadikannya kenderaan jenis kepala rata. Kesan reka bentuk sedemikian secara tidak langsung telah menyebabkan kekurangan besar dari aspek prestasi tahap kebolehlanggarannya. Kedudukan pemandu serta penumpang hadapan adalah di dalam kawasan zon remukan dan ini meningkatkan risiko kecederaan parah dan kematian sekiranya perlanggaran hadapan berlaku. Tambahan pula, industri logistik diketahui melibatkan jadual penghantaran yang padat yang mendorong kepada cara pemanduan agresif iaitu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Kajian ini menjadi satu keperluan dalam usaha penambahbaikan ke atas segmen kenderaan barang ringan, seiring dengan pembangunan industri logistik dan penghantaran barangan di dalam negara. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan corak kemalangan kenderaan kategori N1 yang mempengaruhi kadar kematian dan kecederaan parah pemandu dan penumpangnya, menyelidik prestasi kebolehlanggaran kenderaan kategori N1 ringan dan seterusnya membangunkan model statistik bagi mengenalpasti potensi penambahbaikan tahap keselamatan kenderaan ini. Kajian ini mengguna pakai sumber data primer dan sekunder. Data sekunder diperoleh melalui perangkaan kemalangan dari pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk juga kajian perpustakaan, dokumen rasmi, dan jurnal daripada sumber elektronik. Analisis data kemalangan PDRM menglibatkan kenderaan N1 merekodkan sebanyak 38.3% adalah kes kemalangan maut dan kecederaan parah (KSI). Manakala data primer adalah dari ujian perlanggaran New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries (ASEAN NCAP). Hasil ujian perlanggaran menunjukkan kesemua lima model kenderaan kategori N1 ringan yang diuji memperoleh penilaian kebolehlanggaran sifar-bintang di mana kematian pemandu banyak dipengaruhi oleh kecederaan parah iaitu dengan skala kecederaan ringkas 3 dan ke atas (AIS 3+) untuk bahagian kepala, kaki dan juga dada. Hasil dapatan kajian keseluruhan yang disimpulkan melalui kaedah pengiraan statistik oleh model regresi logistik menunjukkan bahawa kelajuan pemanduan 21 kali berkemungkinan mempengaruhi tahap keparahan kemalangan diikuti oleh struktur kenderaan dengan 3.6 kali ganda. Manakala kehadiran beg udara semata-mata, sangat kurang mempengaruhi pengurangan tahap keparahan kemalangan. Dapatan kajian ini dapat memberikan indikasi dan pemahaman awal berkenaan isu dan situasi sebenar tahap keselamatan kenderaan kategori N1 ringan di rantau Asia Tenggara dan di Malaysia khususnya. Dengan itu, usaha intervensi dan potensi penambahbaikan dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan komersial ini secara keseluruhan.,Sarjana Sains |
Pages: | 167 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127958+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.