Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457842
Title: Pendekatan penjejak berbilang model untuk pengawasan todler
Authors: Low Han Leong (P73130)
Supervisor: Aini Hussain, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pengawasan
Keselamatan
Kanak-kanak
Issue Date: 14-Jan-2020
Description: Todler merupakan fasa kanak-kanak bermula dari umur setahun sehingga 3 tahun. Kanak-kanak dalam fasa ini adalah lemah dan memerlukan pengawasan keselamatan yang intensif oleh ibu bapa. Lazimnya, perkataan “pengawasan” dan “keselamatan” sering dikaitkan dengan proses pemantauan sesuatu objek ataupun subjek. Kebanyakan sistem pemantauan sedia ada direka khusus untuk keperluan warga tua dan hanya sebilangan kecil sahaja yang memfokuskan kepada pemantauan kanakkanak. Sebagai contoh, kadar kecederaan yang disebabkan oleh jatuh secara tiba-tiba dikalangan kanak-kanak adalah tinggi, di mana situasi ini boleh dikurangkan melalui sistem pemantauan secara automatik. Namun, kebanyakan sistem pemantauan todler masih berada di tahap pembangunan awal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merekabentuk sistem pemantauan todler secara automatik untuk mengesan dan meramal peristiwa tidak normal terutamanya yang membahayakan keselamatan todler. Tiga aktiviti utama todler yang diberi tumpuan dalam kajian ini adalah kejadian jatuh secara tiba-tiba, pergerakan ke dalam kawasan yang dilarang dan aktiviti memanjat. Sistem ini terdiri daripada tiga modul utama iaitu modul pengesanan latar hadapan, modul penjejakan dan modul pembuat keputusan. Modul pertama iaitu modul pengekstrakan latar hadapan dilaksanakan bagi mengekstrak latar hadapan todler dengan menggunakan kaedah penolakan latar belakang jenis pembelajaran memilih secara ubah suai. Kaedah penolakan latar belakang ini adalah lasak untuk pelbagai jenis situasi persekitaran termasuklah perubahan pencahayaan dan pergerakan objek yang pantas. Modul seterusnya iaitu modul penjejakan dilaksanakan bagi mengesan trajektori pergerakan todler dengan menggunakan pendekatan penjejak berbilang model. Kaedah yang dicadangkan mampu mengesan trajektori todler walaupun tiada pemerhatian dikesan untuk sesetengah bingkai imej. Tiga model pergerakan todler dipertimbangkan iaitu model bagi situasi pegun, model pergerakan dengan halaju tetap dan model pergerakan dengan pecutan tetap. Pemilihan model untuk setiap lelaran ditentukan melalui kaedah perbandingan histogram setelah proses pelicinan dilaksanakan. Output model pergerakan dengan metrik persamaan histogram yang tertinggi dipilih sebagai data rujukan untuk pengiraan lelaran seterusnya. Modul terakhir iaitu modul pembuat keputusan kemudiannya dilaksanakan untuk menilai jika terdapat sebarang pergerakan tidak normal berdasarkan maklumat trajektori. Pemboleh ubah telah dinilai dalam pelbagai keadaan pemalar keputusan yang berbeza bagi pencarian model keputusan yang terbaik. Prestasi sistem yang dibangunkan dinilai melalui tiga metriks prestasi iaitu kejituan, ketentuan dan kepekaan dengan hasil purata masing-masing sebanyak 86%, 84% dan 85%. Kesimpulannya, kajian ini telah mencapai matlamat utama iaitu membangunkan sistem pengawasan secara automatik yang dapat membantu penjaga dalam memantau keselamatan todler bagi persekitaran dalam bangunan.,Sarjana Sains
Pages: 95
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123558+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.