Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457825
Title: | Penghasilan biometana daripada efluen kilang minyak sawit berasid dalam pencerna termofilik reaktor sesekumpul berjujukan anaerobik |
Authors: | Muhammad Azri Abd Nasir (P83806) |
Supervisor: | Jamaliah Md Jahim, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Biometana Efluen Anaerobik |
Issue Date: | 12-Dec-2020 |
Description: | Percernaan anaerobik terhadap efluen kilang minyak sawit (POME) telah dijalankan untuk menguraikan bahan organik bagi menghasilkan biogas. Kebelakangan ini, banyak kajian menunjukkan kebaikan proses dua peringkat penghasilan hidrogen dan metana berbanding hanya metana sahaja. POME berasid daripada efluen fermentasi hidrogen didapati mengandungi tenaga yang tinggi dalam bentuk asid lemak meruap (VFA) digunakan sebagai suapan untuk penghasilan biometana. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehlaksanaan penghasilan biometana dalam reaktor termofilik sesekumpul berjujukan anaerobik (ASBR) daripada POME berasid dan seterusnya untuk memaksimakan pengeluaran biometana di samping mengurangkan permintaan oksigen kimia (COD) dan jumlah pepejal terampai (TSS) yang terkandung dalam POME berasid. Kestabilan penghasilan biometana daripada POME berasid dijalankan dalam ASBR 2L menggunakan kultur campuran anaerobik termofilik pada 55oC dan dimulakan pada masa tahanan hidraulik (HRT) 8 hari. Kesan pelbagai HRT antara 10 ke 1 hari kemudiannya dikaji dalam ASBR 5L terhadap produktiviti dan hasil biometana dalam merawat POME berasid. Dari keputusan didapati produktiviti dan hasil metana dalam ASBR 2L adalah stabil dengan nilai purata sebanyak 1.1 ± 0.17 L CH4/L/h manakala komposisi metana dalam biogas konsisten dengan komposisi purata sebanyak 61.27 ± 2.64%. Dari segi kestabilan ASBR, ianya boleh disimpulkan bahawa kecekapan penyingkiran COD adalah stabil kecuali pada 4 hari yang terakhir. Tambahan pula, pengumpulan asid propionik boleh dilihat sebagai penunjuk yang memberi kesan negatif pada penyingkiran COD. Keputusan ASBR 5L menunjukkan produktiviti metana tertinggi dicapai pada HRT 2 hari dengan produktiviti purata ialah 6.77 ± 0.36 L CH4/L/H. Walaubagaimanapun, trend hasil metana tidak konsisten dengan produktiviti metana. Hasil metana yang tertinggi dicatat pada HRT 8 hari dengan hasil purata 0.3 ± 0.02 L CH4/g CODdibuang. Hubungan yang tidak sepadan antara produktiviti dan hasil metana ini berkait rapat dengan kestabilan ASBR. Pada HRT yang lebih rendah, iaitu HRT 3 dan 2 hari, kecekapan penyingkiran bahan organik COD dalam ASBR menunjukkan hanya 65-69%. Penggunaan VFA menunjukkan hanya 63% pada HRT 2 hari dan menjadi lebih teruk pada HRT 1 hari sebagaimana reaktor tidak mampu bertolak ansur terhadap kadar muatan organik (OLR) yang mendadak dan seterusnya mengakibatkan sistem pencernaan gagal berfungsi. Kajian juga mendapati hubungan Jumlah VFA: Jumlah Alkalinity (TVFA: TA) yang melebihi daripada 0.4 ditunjukkan pada HRT 1 hari telah mengesahkan ketidakstabilan reaktor dalam tempoh itu. Kesimpulannya, produktiviti metana yang optima ialah pada HRT 3 hari dengan pengeluaran dan hasil metana sebanyak 3.96 ± 0.12 L CH4/L/h dan 260.3 ± 11.8 L CH4/ kg CODdibuang dengan mengambilkira prestasi penghasilan metana serta kestabilannya dalam merawat POME berasid.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 85 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.