Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457795
Title: Penempatan optimum bagi alat pengawasan kualiti kuasa dalam sistem kuasa untuk penilaian lendut voltan
Authors: Ahma Asrul Ibrahim (P53311)
Supervisor: Azah Mohamed, Prof. Dr.
Keywords: Electric power systems -- Quality control
Electric power system stability
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-May-2012
Description: Lendut voltan yang merupakan penurunan mendadak bagi voltan punca min kuasa dua (pmkd) adalah gangguan kuasa yang ketara sekali yang boleh menyebabkan kepincangan atau kerosakan ke atas peralatan sensitif yang biasa digunakan dalam proses industri. Kerosakan ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap lendut voltan dan oleh itu, penilaian impak lendut voltan diperlukan. Untuk mengkaji impak lendut voltan, pengawasan bekalan kuasa perlu dilakukan dengan memasang alat pengawasan kualiti kuasa (APKK) di setiap pencawang dalam sesebuah sistem kuasa. Walaupun begitu, pemasangan APKK ini melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan ruang penyimpanan data yang besar untuk merekod gangguan kuasa tersebut. Masalah ini dapat diatasi dengan mengurangkan bilangan APKK dan menentukan lokasi APKK yang terbaik dalam sistem kuasa. Seterusnya, satu kaedah penempatan optimum bagi APKK dirumuskan dengan menentukan lokasi alat pengawasan dan bilangannya yang minimum. Kaedah sedia ada untuk menentukan lokasi APKK adalah dengan menggunakan kawasan capaian alat pengawasan, namun kaedah ini tidak menjamin kemampuan APKK untuk memantau secara menyeluruh lendut voltan dalam sistem kuasa dan juga tidak sesuai untuk sistem agihan jejari. Maka, satu kaedah yang baru untuk menentukan lokasi APKK terbaik telah dibangunkan dengan menggunakan matrik kawasan capaian alat pengawasan bertopologi (KCAPB) dan dua indeks yang masing-masing dinamakan sebagai indeks pertindihan pengawas dan index keterukan lendut. Beberapa teknik pengoptimuman heuristik telah diaplikasikan untuk menentukan penempatan optimum APKK dalam sistem kuasa. Algoritma carian graviti perduaan inspirasi kuantum mudah suai (ACGPIKMS) yang baru dengan gabungan konsep algoritma carian graviti perduaan dan pengkomputan kuantum dibangunkan untuk menyelesaikan masalah penumpuan awal dan kadar penumpuan yang lambat. Fungsi penalti bagi ACGPIKMS dirumus dengan menggunakan teori sistem imun buatan supaya teknik ini berupaya disesuaikan dengan perubahan nilai parameter pengawal, α. Kaedah penempatan optimum APKK selanjutnya disahkan ke atas sistem agihan IEEE 34-nod dan 69-bas serta sistem penghantaran IEEE 30-bas dan IEEE 118-bas. Dalam ujian pengesahan ini, simulasi secara rawak dilakukan dengan menimbang 100 lokasi dan jenis kegagalan yang berbeza dengan menggunakan perisian DIgSILENT Power Factory. Hasil keputusan menunjukkan bahawa penggunaan matriks KCAPB dengan nilai α = 0.85 p.u. telah memberikan penempatan APKK yang tepat bagi kedua-dua sistem penghantaran dan agihan yang mana didapati sekurang-kurangnya satu APKK yang dikenalpasti dapat mengesan kejadian lendut voltan dalam sistem tersebut. Bagi keputusan untuk mendapatkan penyelesaian optimum, teknik ACGPIKMS memberikan prestasi yang terbaik dari segi masa pengkomputeran, paling berkesan dan anjal jika dibandingkan dengan teknik pengoptimuman lain, iaitu algoritma genetik, pengoptimuman kerumun zarah perduaan, pengoptimuman kerumun perduaan inspirasi kuantum, algoritma pencarian graviti perduaan dan algoritma pencarian graviti perduaan inspirasi kuantum.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 154
Call Number: TK1010.A375 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122285+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.