Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457775
Title: Penetapan karbon dioksida secara biologi menggunakan mikroalga di dalam fotobioreaktor turus gelembung
Authors: Nur Liyana Abdul Rahimi (P64134)
Supervisor: Zahira Yaakob, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Algal biofuels
Bioreactors -- Environmental aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Feb-2019
Description: Isu pemanasan global sentiasa dibincangkan dan dikaitkan dengan gas rumah hijau yang terperangkap di dalam atmosfera bumi di mana gas karbon dioksida merupakan komponen utama gas ini. Keseimbangan gas ini mulai terjejas berikutan era Revolusi Industri bermula pada tahun 1750 dan berlarutan sehingga kini. Ketika ini, kaedah konvensional melalui pemerangkapan dan penyimpanan karbon dioksida (CSS) digunakan untuk mengawal kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera. Namun, penglibatan kos yang tinggi terhadap kaedah ini telah menjadikan minat beralih kepada kaedah yang lebih menjimatkan. Maka, tumpuan beralih kepada penglibatan tumbuh-tumbuhan dan organisma berfotosintesis. Penggunaan mikroalga khususnya mempunyai kelebihan meliputi kadar penetapan karbon dan penghasilan biojisim yang tinggi, mesra alam, dan melibatkan penggunaan masa, kos dan tenaga yang minimum. Justeru, objektif kajian ini membabitkan saringan mikroalga yang telah dipencilkan yang mempunyai kadar pertumbuhan dan penghasilan biojisim yang tinggi, penentuan kadar pemerangkapan karbon maksimum, dan penentuan komposisi biojisim yang dihasilkan oleh spesies yang dipencilkan. Kajian dilakukan ke atas Characium sp. UKM1, C. sorokiniana UKM3, Coelastrella sp. UKM4, dan Chlamydomonas sp. UKM6. Keputusan saringan menunjukkan Characium sp. dan C. sorokiniana mempunyai nilai kadar pertumbuhan maksimum (µmax) yang lebih tinggi berbanding Coelastrella sp. dan Chlamydomonas sp. iaitu masing-masing pada 0.351 hari-1 dan 0.434 hari-1. Faktor pertumbuhan yang dikaji ialah kitaran cahaya dan kepekatan karbon dioksida manakala tindakbalas yang digunakan ialah nilai kadar pertumbuhan spesifik (µmax) yang diperoleh dari perisian OriginPro menggunakan alat penyuaian lengkung. Pertumbuhan optimum Characium sp. UKM1 dan C. sorokiniana UKM3 ialah pada kitaran cahaya berterusan dan pada kepekatan 15% dan 10% karbon dioksida masing-masing. Kadar penetapan karbon dioksida maksimum Characium sp. UKM1 ialah 211 mg L-1 hari-1 manakala bagi C. sorokiniana UKM3 ialah 420 mg L-1 hari-1. Julat biojisim yang terhasil bagi Characium sp. UKM1 dan C. sorokiniana UKM3 ialah 0.04-1.84 g L-1 dan 0.01-2.0 g L-1. Pencirian biojisim menunjukkan kandungan klorofil a tertinggi bagi Characium sp. UKM1 ialah 18.87 µg mL-1, manakala bagi C. sorokiniana UKM3ialah 22.66 µg mL-1. Bagi komposisi lipid, Characium sp. menghasilkan sebanyak 355 µg mL-1 manakala C. sorokiniana menghasilkan sebanyak 359 µg mL-1. Bagi komposisi protein pula, Characium sp. UKM1 menghasilkan sebanyak 33.6 µg mL-1 manakala C. sorokiniana UKM3 menghasilkan sebanyak 41.5 µg mL-1. Kesimpulannya, Characium sp. UKM1 dan C. sorokiniana UKM3 mempunyai kadar pertumbuhan dan penghasilan biojisim yang tinggi dengan kehadiran karbon dioksida. Hal ini membuktikan bahawa mikroalga tempatan yang dipencilkan dari efluen kelapa sawit (POME) berupaya untuk memerangkap karbon dioksida. Malahan, biojisim yang terhasil dari proses penetapan karbon dioksida boleh dieksploitasi bagi penghasilan produk hiliran.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 106
Call Number: TP339.N847 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121782+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.