Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457769
Title: Prevalen sakit otot rangka dan faktor-faktor berkaitan kerja di kalangan pekerja ladang teh
Authors: Nurhidayah Masri (P75365)
Supervisor: Baba Md. Deros, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Musculoskeletal system -- Diseases
Tea plantation workers
Issue Date: 29-May-2019
Description: Teh biasanya ditanam di negara-negara Asia dan Afrika, sementara seluruh dunia adalah pengguna teh seperti Amerika Syarikat, Jepun, Negara Arab, Singapura, dan Brunei. Makanan dan Pertubuhan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu meletakkan Malaysia sebagai pengeluar ke-18 terbesar teh di Asia. Bagi pengutip teh, mereka perlu bekerja dalam pelbagai keadaan dan situasi seperti suhu, kelembapan, hujan dan halaju angin. Selain itu, semua pekerja melaksanakan kerja sepanjang hari dan pada masa yang sama mereka perlu mengekalkan postur kekok dan statik semasa memetik dan gerakan berulang-ulang. Postur yang tidak normal dan statik juga telah digambarkan sebagai faktor yang menyumbang kepada sakit otot dan rangka dalam pelbagai jenis pekerjaan. Objektif kajian ini adalah menentukan sakit otot rangka berkaitan kerja dalam kalangan pekerja ladang teh, menentukan hubungan di antara faktor risiko fizikal dan psikososial dengan sakit otot rangka berkaitan kerja dalam kalangan pekerja ladang teh, menilai tahap risiko pada postur kerja melalui penilaian Rapid Entire Body Assessment (REBA) dalam kalangan pekerja ladang teh, juga mengenalpasti kumpulan otot yang mengalami kelesuan dalam kalangan pekerja ladang teh melalui isyarat permukaan Elektromiogram (EMG). Kaedah kajian termasuklah kajian soal selidik, pemerhatian dan eksperimen. Oleh itu, kaedah soal selidik Nordic digunakan ke atas pekerja untuk mengenal pasti kawasan ketidakselesaan anggota badan dan faktor psikososial pekerjaan. Analisis pemerhatian REBA digunakan untuk menilai postur, daya dan aktiviti otot keatas aktiviti paling banyak dilakukan oleh pekerja di ladang teh iaitu aktiviti memetik daun teh. Eksperimen Elektromiogram (sEMG) digunakan untuk menilai dan merekodkan aktiviti elektrik yang dihasilkan oleh otot. Keputusannya, kekerapan tinggi sakit otot dan rangka adalah di bahagian anggota bawah sebanyak 19.2% yang merangkumi pinggang, lutut, buku lali dan tapak kaki. Bahagian leher dan bahu mencatat kekerapan sakit sebanyak 18.4%, diikuti bahagian anggota atas sebanyak 16.7% yang merangkumi pergelangan tangan, siku dan bahu, berbanding bahagian belakang bawah sebanyak 15% dan belakang atas sebanyak 12.8% masing-masing. Aktiviti mengangkat beban melebihi 25kg, menarik beban lebih 25kg dan memanjat lebih dari 15 minit mempunyai hubung kait signifikan dengan sakit otot rangka pada seluruh bahagian badan (p<0.05). Kesan psikososial mempunyai hubungkait siknifikan sakit pada bahagian leher dan bahu, bahagian belakang atas dan anggota atas (p<00.5). Selain itu, Skor REBA menunjukkan aktiviti mengangkat guni daun didalam tugas memetik daun teh adalah paling berisiko dengan skor purata paling tinggi iaitu Skor 10.29. Otot bisep, trapezius, dan sternokleidomastoid menunjukkan penurunan didalam frekuensi MF, mengesahkan kumpulan otot yang mengalami keletihan ketika mengangkat daun teh di dalam ujian sEMG. Kesimpulannya, majoriti pekerja ladang teh menunjukkan gejala sakit otot rangka berlaku dalam kalangan pekerja ladang teh terutamanya tugas memetik daun teh, menyebabkan bahagian badan yang terlibat mengalami kelesuan. Pelaksanaan intervensi ergonomik seperti pengurangan berat beban mengangkat, menambahbaik organisasi kerja seperti pertukaran aktiviti didalam kerja dan rehat yang mencukupi boleh mengurangkan tanda dan gejala sakit otot rangka dikalangan pekerja ladang teh.,Sarjana Sains
Pages: 83
Call Number: RC926.N837 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121002+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.